Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.rian] | دورين

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok yg buahnya berkulit tebal dan berduri), durio spp.; ~ api = ~ daun = ~ tanah sj tumbuhan (pokok) Durio macrophyllus; ~ burung sj tumbuhan (pokok), Durio pinangianus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), Durio malaccensis; 2. = ~ belanda (eropah) = ~ mekah sj tumbuhan (pokok), Annona muricata; 3. = ~ laut sj tumbuhan (pokok), dungun, Brownlowia argentata; ~ tembaga buah durian yg isinya berwarna kuning dan rasanya lebih sedap drpd isi durian yg lain-lain; beruang bagai ~, bernabu bagai cempedak prb sudah berantara (berjarak) spt saudara yg telah jauh; dapat ~ runtuh prb mendapat keuntungan dgn tidak disangka-sangka atau dgn tidak bersusah payah; masak ~ masak manggis prb perempuan biasanya lebih teguh menyimpan rahsia drpd lelaki; spt ~ me­nunjukkan pangsa prb orang yg gemar menunjukkan kebesaran dirinya; spt men­timun dgn ~ prb orang yg lemah (bodoh, miskin) melawan orang yg kuat (cerdik, kaya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.rian] | دورين

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berkulit tebal dan berduri), Durio zibethinus. ~ belanda (eropah, mekah) nama sj pokok atau buahnya (buahnya boleh dimakan), Annona muricata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata durian

Puisi
 

Laksamana menabur durian,
     Buah belimbing terhentak-hentak;
Tuan laksana buah durian,
     Di sana gugur sana melantak.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Durian dengan mentimun,
     menggolek rosak,
kena golek binasa.

Bermaksud :

Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
duriandurianPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Durio spp. Coelostegia spp., dan Neesia spp. daripada famili Bombacaceae. Spesies utama kayu durian termasuk Durio malaccensis, D. oxleyanus, Coelostegia borneesis, C. griffithii, Neesia altissima dan N. malayana. Gubal kayu durian berwarna keputih-putihan bagi Durio spp., kuning pucat bagi Neesia spp., dan kuning jingga bagi Coelostegia spp. Bagi Durio spp. dan Neesia spp., gubal kayunya mudah dibezakan daripada teras kayu masing-masing, yang berwarna coklat merah jambu dan coklat kelabu. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 420 hingga 800 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras ringan. Bagi genus Neesia, tekstur kayunya agak keras dan sekata, dan bagi genus Durio dan Colostegia, tekstur kayunya tidak sekata. Kayu ini agak kuat, mudah dikerjakan, mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah, tetapi mudah diawet. Sifat pengeringannya berbeza-beza mengikut spesies. Kayu durian digunakan untuk kerja binaan dalaman, rangka pintu dan tingkap, lantai, venir, dan papan lapis.
monoeciousmonoesiusHerbaBotani dan BioteknologiJenis tumbuhan yang mempunyai bunga jantan dan bunga betina pada pokok yang sama. Kebanyakan pokok adalah jenis monoesius. Contohnya, nangka (Artocarpus heterophyllus) dan durian (Durian zibethinus).
spin-offdurian runtuhEkonomiTiadaTiada
Annona muricatadurian belandaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok bersaiz kecil dalam famili Annonaceae. Tumbuhan ini berasal dari negara Amerika beriklim tropika. Daunnya jenis tunggal, bertekstur tebal dan berwarna hijau gelap. Bunganya jenis tunggal, bersaiz besar dan berwarna kuning kehijau-hijauan. Buahnya besar, berbentuk ovoid dan mengandungi banyak biji. Buah muda berwarna hijau dan bertukar hijau kekuning-kuningan apabila masak. Isi buahnya berwarna putih, menjadi lembut dan berair apabila masak. Bijinya berwarna perang hitam, berbentuk lonjong dan keras. Air rendaman daun digunakan secara luaran untuk merawat demam, masalah kulit, batuk dan sakit sendi. Buah muda dimakan untuk merawat cirit-birit. Buah yang masak boleh dimakan dan dibuat jus.
golden parachute clauseperuntukan durian runtuhPentadbiranTiadaPeruntukan dalam piagam syarikat yang memberikan imbuhan besar kepada pengurus syarikat jika syarikat diambil alih oleh orang lain.
ramifloryramifloriBiologiEkologiKeadaan apabila bunga terhasil daripada cabang, misalnya pada durian, Durio zibethinus.
arillusarilPentadbiran PerniagaanTiadaBahagian lembut yang terdapat di bahagian luar setengah-setengah biji, seperti durian dan buah pala.
kelarai binusak lampun(Mur.)kelarai binusak lampun(Mur.)KesenianTiadaCorak anyaman berunsur tumbuhan berbentuk bunga durian. Di Semenanjung dikenali dengan nama kelarai bunga cina.
autochthonous floratumbuhan asliPertanianAgronomi

Tumbuhan tempatan atau tumbuhan yang berasal dari wilayah tertentu. Contohnya, rambutan, durian dan kelapa ialah tumbuhan asli di Malaysia, manakala getah dan kelapa sawit bukan tumbuhan asli kerana telah di bawa masing-masing dari Brazil dan Afrika.

aggregate fruitbuah agregatBotaniTiadaBuah yang terbentuk daripada banyak pistil yang bercantum dalam satu bunga. Contohnya, buah durian belanda dan buah nona.
1234

Kembali ke atas