Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dur.ja.na] | دورجان

Definisi : 1. jahat (bkn kelakuan, perbuatan, dsb), keji: dia mendendami lelaki ~ yg telah menodai kesucian kekasihnya; melakukan (berbuat) ~ melakukan perbuatan jahat; 2. derhaka (terhadap negara, bangsa, agama, dsb): ada golongan pelampau yg ~ terhadap negara Malaysia dan cuba memecah-belah­kan rakyat berbilang bangsa di negara ini; mendurjanakan mendatangkan kesan buruk (kerugian, kerosakan, dsb): segeralah berakhir perang yg ~ ini; kedurjanaan perbuatan durjana (jahat, keji), kejahatan, kekejian: kekotoran dan ~ hatinya sudah pun terdedah; pendurjanaan perihal melakukan perbuatan durjana (derhaka), penderhakaan: ~ terhadap nusa dan bangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dur.ja.na] | دورجان

Definisi : jahat atau keji (bkn perbuatan, kelakuan dll). kedurjanaan perbuatan yg jahat (keji); sifat durjana; kejahatan; kekejian: ~ diktator itu sudah diketahui orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata durjana


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Durjana di hatiDewan Bahasa dan PustakaTiada1991983-62-2126-3
DurjanaToko Buku Abbas BandungTiada1969 
Biggles dan durjana hitamEastern Universities PressTiada1979 

Kembali ke atas