Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.ti] | دوتي

Definisi : cukai yg dikenakan oleh kerajaan ter­utamanya atas barangan import; ~ eksais duti yg dikenakan pd barang yg dikilangkan di dlm negeri; ~ eksport duti yg dikenakan pd barang yg dieksport; ~ import duti yg dikenakan pd barang yg diimport; ~ kastam duti yg dikenakan pd barang yg di­import atau yg dieksport oleh sesebuah negara; ~ setem duti yg dikenakan pd do­kumen (spt surat perjanjian, dokumen pindah hak milik, dll) yg bayar dgn membeli dan mematikan setem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sama ada yang betul adalah "apa-apa barang-barang" atau "apa-apa barang". Bagaimanakah perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan ini. Bagaimana pula dengan perkataan "disifatkan" dalam ayat di bawah ini, "disifatkan sebagai" atau "disifatkan termasuk". Bagaimanakah perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan ini. Price deemed to include tax 12. (1) Where in any advertisement the price of any goods or services is quoted, such price shall, unless the contrary appears, be deemed to include all eligible government taxes and duties and any other charges. 12. (1) Jika dalam mana-mana iklan harga apa-apa barang-barang atau perkhidmatan disebut, harga itu hendaklah, melainkan jika ternyata sebaliknya, disifatkan termasuk semua cukai dan duti kerajaan yang layak dan apa-apa caj lain.Barang atau barangan bermaksud benda atau perkhidmatan yang dijualbelikan. Oleh yang demikian, frasa "apa-apa barang" sudah betul manakala "apa-apa barang-barang" menunjukkan lewah bahasa. Dalam konteks contoh ayat yang diberikan, perkataan "disifatkan termasuk" lebih sesuai digunakan berdasarkan padanan kata bahasa Inggeris "be deemed to include".Lain-lain30.07.2021

Kembali ke atas