Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dwi.hu.ruf] | دويحروف

Definisi : (Lin) dua huruf yg melambangkan (mewakili) satu bunyi (spt ng, ny, sy), dwi­lambang, huruf rangkap, digraf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dwihuruf


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah "ng" dalam perkataan berikut merupakan digraf? -mengumpulkan -menggali -denganDigraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi (seperti ng, ny, sy), dwihuruf, dwi­lambang, huruf rangkap.

Contoh yang diberikan merupakan digraf.
Tatabahasa22.04.2013
Adakah " cantiknya " adalah perkataan digraf???Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Contoh yang diberikan merupakan digraf pada ny bagi perkataan cantiknya.


Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini.
Tatabahasa29.09.2015
adakah perkataan " sangat" merupakan digraf?Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy, kh dan gh. Digraf juga dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, naskhah, ghaib, lubang, khabar, pisang dan syampu. "Sangat" bukan diagraf.
Lain-lain24.08.2014
Apakah perbezaan antara "digraf"dan"kosonan bergabung"?Sekian terima kasih.Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.

Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini.
Tatabahasa06.05.2014
Apakah yang dimaksudkan denagn 'digraf' dan 'diftong'? Harap tuan dapat berikan contoh perkataan. Terima kasih.Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi (seperti ng, ny, sy), atau disebut juga dwihuruf, dwi­lambang dan huruf rangkap; manakala diftong ialah dua huruf vokal spt ai, au, dan oi yang menghasilkan bunyi berangkap dan puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama (seperti pantai, pulau dan amboi).Tatabahasa17.03.2010
Adakah perkataan yang mengandungi digraph harus diikuti vocal baru dianggap digraph? Contohnya menyanyiDigraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sebagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.Tatabahasa14.06.2016
Apakah perbezaan antara digraf dan konsonan berganding? Mohon diberi beberapa contoh. Terima KasihDigraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.

Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini.
Tatabahasa23.05.2014
Adakah "singgah" dan "minggu" ialah Digraf? "Pelbagai" ialah diftong atau konsonan bergabung? Terima kasih.Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sebagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Manakala diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi.

Singgah dan minggu merupakan digraf dan pelbagai merupakan diftong.
Tatabahasa09.02.2015
apakah perbezaan antara digraf dengan konsonan berganding.sila jelaskan bersama-sama contohDigraf sama dengan konsonan berganding, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy, atau disebut juga dwihuruf, dwi­lambang dan huruf rangkap.Tatabahasa12.09.2011
Digraf ng, adakah perkataan "datang", "pulang" dikatakan mengandungi digraf ng? Ataupun digraf ng mesti berada di depan suku kata seperti "bunga".Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy. Digraf juga disebut dwihuruf, dwi­lambang atau huruf rangkap. Digraf boleh hadir di depan suku kata atau belakang sekiraya mewakili satu bunyi. Contoh yang diberikan merupakan digraf.Tatabahasa04.05.2013
123

Kembali ke atas