Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.cé.ran] | ايچيرن

Definisi : perihal menjual barang sedikitsedikit: pedagang ~ di pinggir jalan; harga ~ harga menjual barang sedikit-sedikit, harga (jualan) runcit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.cé.ran] | ايچيرن

Definisi : 1 jualan sedikit-sedikit; jualan runcit: harga ~ harga runcit. 2 keluaran (surat khabar dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eceran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam Kamus Dewan dicatatkan bahawa “eceran” ialah perihal menjual barang sedikit-sedikit. Bagaimanakah dengan ungkapan “karya eceran” dan “penerbitan eceran”? Tepat atau tidak penggunaannya?Dalam konteks ini perkataan tersebut boleh bermaksud karya atau penerbitan yang dihasilkan dalam jumlah yang sedikit atau dalam tempoh yang tidak tetap.  Makna28.01.2009
Saya telah menerima maklumat mengenai entri-entri baharu dalam Kamus Dewan. Di manakah boleh saya dapatkan keseluruhan entri baharu tersebut?Tidak ada satu senarai entri baru sebagai eceran daripada Kamus Dewan. Entri baru dimasukkan pada setiap kali edisi baharu diterbitkan.Lain-lain15.08.2011
Saya ingin bertanya sekiranya anak perempuan saya ada bakat dalam bidang penulisan,bagaimanakah cara untuk dia menghantar puisi2 serta cerpen2 pendek?

Jika puisi atau cerpen berbentuk eceran(satu-satu), sila hantar ke alamat berikut:

Ketua

Bahagian Majalah,

Tingkat 20, Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kula Lumpur

Jika berbentuk kumpulan atau antologi puisi atau cerpen untuk diterbitkan sebagai buku, sila hantar penulisan  cadangan penulisan(contoh penulisan dan maklumat diri) atau manuskrip lengkap(beserta maklumat diri) ke alamat berikut: 

Ketua

Pusat Penyelidikan dan Pengembangan

Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja(PURNAMA),

Tingkat 21, Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur

 

Lain-lain10.06.2010

Kembali ke atas