Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.dar] | ايدر

Definisi : (édar); beredar, mengedar ark 1. bergerak berkeliling hingga sampai ke tempat asal (permulaan), berlegar: bumi kita ini ~ mengikut garis perjalanannya yg tertentu; bintang ~ bintang siarah, planet; 2. berpindah-pindah dr tangan ke tangan: surat pekeliling (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.dar] | ايدر

Definisi : /édar/; beredar 1 berjalan (bergerak, berlegar) berkeliling hingga sampai ke tempat permulaan: Bumi ini ~ mengelilingi matahari. 2 berpindah-pindah drpd seorang kpd seorang yg lain (dr setempat ke setempat); berputar: Surat siaran itu sudah ~ beberapa hari yg lalu. 3 berpindah tempat: Apabila jamuan selesai, para hadirin pun ~ pulang. 4 berlalu (bkn masa): Hari terus ~. mengedari 1 (berjalan, bergerak) mengelilingi; melegari: Bumi ~ matahari. 2 berjalan-jalan di sekitar: Malam itu dia telah membawa saya ~ bandar raya Kuala Lumpur dgn keretanya. 3 mengembara mengelilingi; menjelajahi: Pemuda itu ~ dunia dgn basikal. mengedarkan 1 menyampaikan surat dll drpd seorang kpd seorang yg lain; membawa berkeliling (ke mana-mana): Pelayan kapal terbang ~ gula-gula kpd penumpang-penumpang. 2 mengeluarkan sesuatu utk dipakai oleh orang ramai (bkn wang): Tidak lama lagi, kerajaan akan ~ wang kertas baru ke seluruh negara. edaran 1 perubahan yg berulang-ulang atau yg akan kembali kpd keadaan asalnya; pusingan yg silih berganti. 2 sesuatu yg diedarkan: surat ~. ~ air pusingan air dr lautan ke daratan melalui atmosfera dan kembali ke lautan. ~ darah aliran darah melalui jantung ke seluruh badan. ~ hujan pusingan air menjadi wap, wap menjadi awan, dan awan menjadi hujan (air). peredaran 1 hal atau keadaan beredar; pergerakan (perjalanan) berkeliling: ~ bumi. 2 perubahan drpd satu keadaan kpd satu keadaan lain; peralihan dr satu tempat ke satu tempat lain. 3 perpindahan (wang) dr tangan ke tangan. 4 perubahan atau perkembangan masa: ~ zaman. pengedaran perbuatan atau hal mengedarkan: Orang-orang yg terlibat dlm ~ dadah itu telah ditangkap. pengedar 1 alat utk menyampaikan arus elektrik ke palam nyalaan pd silinder. 2 orang yg mengedarkan sesuatu: ~ buku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata edar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
recycleedar semula; kitar ssemulaKejuruteraanTiadaPengulangan siri operasi yang tetap.
recycleedar semula; kitar ssemulaPertanianTiadaTiada
circulating waterair edar kelilingKejuruteraanTiadaTiada
recycle rationisbah edar semulaKejuruteraanTiadaTiada
circulation loopgelung edarKejuruteraanTiadaGelung tertutup dalam sistem reaktor untuk mengalirkan cecair.
travelling filefail edarPendidikanTiadaKegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah secara berkumpulan. Setiap kumpulan diberikan satu fail soalan bermasalah untuk dibincangkan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh guru. Murid kemudiannya memasukkan jawapan ke dalam fail dan diberikan fail tersebut kepada kumpulan lain. Kumpulan lain yang mendapat fail itu perlu membaca soalan dan membuat penambahbaikan terhadap jawapan tersebut.
recycle rationisbah edar semulaKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah kuantiti pemulangan semula hasil keluaran kepada suapan masuk ke sistem terhadap kuantiti suapan yang baru dalam proses kimia berterusan.
external circulating systemsistem edar luaranKejuruteraanTiadaSistem edaran khas untuk keadaan tekanan dan suhu tinggi.
circulating water channelsaluran air edar kelilingKejuruteraanTiadaTiada
circulating water channelsaluran air edar kelilingSukanTiadaTiada
12

Kembali ke atas