Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.da.ran] | ايدرن

Definisi : 1. = peredaran sesuatu siri perubahan (bkn keadaan, benda, dll) yg berulang-ulang atau yg akan kembali kpd keadaan asalnya; ~ air edaran air menjadi wap, wap menjadi awan, awan menjadi hujan (air); ~ melambung meleset (Eko) perubahan keadaan ekonomi drpd (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.da.ran] | ايدرن

Definisi : 1 perubahan yg berulang-ulang atau yg akan kembali kpd keadaan asalnya; pusingan yg silih berganti. 2 sesuatu yg diedarkan: surat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata edaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SENARAI EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN YB Tan Sri / Datuk Seri / Datuk Seri Panglima / Dato’ Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Tuan / YBhg. Datuk, PERKARA Dengan hormatnya saya menarik perhatian YB Tan Sri / Datuk Seri / Datuk Seri Panglima / Dato’ Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Tuan / YBhg. Datuk, kepada perkara tersebut di atas. Mohd Yunus dengan hormatnya mohon pandangan daripada pihak tuan/puan jua.... terima kasih.Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila hubungi kami semula.Tatabahasa15.02.2019
Apakah perbezaan antara surat edaran, pekeliling perkhidmatan dan surat pekeliling perkhidmatan?Surat edaran ialah surat yang diedarkan untuk pengetahuan umum dan surat pekeliling atau surat pekeliling perkhidmatan ialah surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum (atau untuk tindakan pihak-pihak tertentu.Makna25.09.2019
Salam, Apakah cara penulisan untuk senarai edaran di bawah betul? Perlu noktah dan titik? contoh: SENARAI EDARAN 1. Prof. Dr. Zuraidah binti Mohd Don, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Jalan Universiti, 50603 KUALA LUMPUR, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Untuk makluman, memadai jika ditulis: Prof. Dr. Zuraidah binti Mohd Don, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Jalan Universiti, 50603 Kuala Lumpur.Lain-lain23.02.2018
Apakah maksud terperinci dan perbezaan maksud di antara: 1.Pekeliling Kerajaan (PKPA) 2.Surat Pekeliling Kerajaan 3.Surat edaran 4.garis panduanPekeliling kerajaan dan surat pekeliling ialah perkara yang sama, iaitu surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum. Surat edaran ialah surat yang diedarkan untuk pengtahuan umum seperti yang lazimdiedarkan dalam sesebuah organisasi. Garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dan sebagainya) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan.Makna31.12.2012
Assalamualaikum... Jika kita hendak menghantar surat kepada lain-lain jabatan dan dalaman..adakah utk dalaman tu kita kena tulis salinan kepada atau edaran dalam. sekian, terima kasihKedua-duanya boleh digunakan, 'salinan kepada' lazimnya digunakan untuk perkara surat khusus dan diberi salinan kepada individu tertentu, manakala edaran dalaman digunakan dalam surat/memo umum dan diedarkan untuk makluman pegawai lain.Tatabahasa22.12.2010
Assalamualaikum wbt Apakah perbezaan dan fungsi antara Salinan Kepada (s.k) dan Senarai Edaran dalam penyediaan surat rasmi? Adakah surat s.k. tersebut memerlukan tindakan si penerima s.k. atau sekadar makluman sahaja? Terima kasih.Salinan kepada dinamakan kepada pihak lain, selain penerima dan pada amalannya salinan kepada dinamakan kepada seorang, dua orang atau tiga orang daripada mereka yang berkepentingan seperti Pengarah dan Ketua Bahagian. Senarai edaran pula mengandungi senarai penerima. Salinan kepada bertujuan untuk memaklumkan pihak berkenaan dan tindakan selanjutnya (jika ada) diputuskan oleh pihak berkenaan.Tatabahasa20.07.2023
saya terima satu surat, senarai edaran berkelat. mohon penjelasan lanjut.

Sila kemukakan soalan yang lebih jelas bagi memudahkan kami memberikan jawapan yang bersesuaian.

Tatabahasa17.10.2023
Apakah makna perkataan ini adan bagaimana penggunaannya. Mencatat, Mencatatkan, catatan, catatkan? Bagi petikan dibawah, perkataan yang manakan daripada senarai diatas yang sesuai untuk digunakan? Nilai jualan bagi sektor Perdagangan Edaran pada suku pertama 2014 merekodkan RM231.2 bilion dengan catatan pertumbuhan sebanyak 8.1% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.Nilai jualan bagi sektor Perdagangan Edaran pada suku pertama 2014 merekodkan RM231.2 bilion dengan catatan pertumbuhan sebanyak 8.1% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Untuk melihat makna kata dan contoh penggunaannya sila manfaatkan laman web kami, contohnya http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=catatan, puan dapat melihat makna kata dan contoh penggunaannya dalam ayat.Tatabahasa16.06.2014
Untuk surat rasmi yang ditulis bagi tujuan edaran dalam negeri yang sama, adakah perkataan negeri itu tidak boleh ditulis. Contohnya: 30200 Ipoh. Dalam hal tersebut Perak tidak boleh ditulis?

Mengikut Penulisan Dokumen Rasmi yang  betul, sebaiknya perlulah diberikan alamat yang lengkap dalam format penuh seperti yang berikut 30200 Ipoh, Perak. atau 30200 IPOH, PERAK.   

Lain-lain24.02.2021
Assalamualaikum. Tuan, Kami dalam proses untuk mengemas kini dokumen-dokumen edaran dalaman di dalam organisasi kami. Buat masa sekarang, terdapat banyak kategori dokumen. Pertanyaan saya adalah bagaimana untuk kami kenal pasti kegunaan/ definisi setiap kategori dokumen tersebut. Kategori-kategori dokumen yang ada adalah: 1. Dasar 2. Polisi 3. Pekeliling 4. Terma dan syarat 5. Peraturan 6. Garis Panduan 7. Panduan 8. Manual 9. Prosedur 10. Tatacara Pada pandangan saya, mungkin terdapat kategori yang tidak perlu digunakan kerana definisi yang lebih kurang sama. Mohon pandangan dan nasihat tuan. Terima kasih. Ahmad Firdaus

Pihak kami tidak mempunyai kepakaran untuk menentukan definisi, kandungan dan pembahagian bab berkaitan dokumen rasmi. Untuk maklumat lanjut berkaitan urusan tersebut, tuan boleh menghubungi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Aras 6, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tuan juga boleh menghubungi talian 03-8000 8000 atau mendapatkan penjelasan melalui laman web mampu.gov.my

Lain-lain30.06.2020
1234

Kembali ke atas