Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.da.ran] | ايدرن

Definisi : 1. = peredaran sesuatu siri perubahan (bkn keadaan, benda, dll) yg berulang-ulang atau yg akan kembali kpd keadaan asalnya; ~ air edaran air menjadi wap, wap menjadi awan, awan menjadi hujan (air); ~ melambung meleset (Eko) perubahan keadaan ekonomi drpd (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.da.ran] | ايدرن

Definisi : 1 perubahan yg berulang-ulang atau yg akan kembali kpd keadaan asalnya; pusingan yg silih berganti. 2 sesuatu yg diedarkan: surat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata edaran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
primary circulationedaran primerSainsHidrometeorologiEdaran atmosfera yang lazim pada skala besar dan wujud akibat perbezaan sinaran mengikut latitud, putaran bumi dan taburan daratan dan lautan. Edaran primer dan edaran umum kadang-kadang dianggap bersinonim. Walau bagaimanapun, kedua-duanya boleh dibezakan atas dasar pendekatan, iaitu edaran primer ialah sistem angin yang asas dengan edaran sekunder dan tertier sebagai gangguan, manakala edaran umum merangkumi sekurang-kurangnya edaran sekunder.
qualified circulationedaran layak; edaran terkawalGeografiTiadaTiada
drought avoidancepengelakan kemarauBotaniTiadaKaedah penyesuaian tumbuhan bagi menamatkan edaran hidup atau edaran reproduktifnya yang bertujuan untuk mengelakkan kesan kemarau. Biasanya pengelakan kemarau berlaku pada tumbuhan di kawasan gurun yang melalui edaran hidup yang bermula dari peringkat percambahan hingga ke peringkat kematangan biji benih. Bagi tanaman yang dibiakkan untuk tujuan ketahanan terhadap kemarau, tanaman tersebut biasanya mengeluarkan bunga dengan cepat dan matang lebih awal.
hypothermic circulatory arresthenti edaran darah hipotermikPerubatanTiadaPemberhentian edaran darah dengan menurunkan suhu teras 15°C. Lihat juga henti edaran darah.
dark respirationrespirasi gelapBotaniTiadaLaluan pelbagai pengoksidaan substrat seperti glikolisis, pengoksidaan pentosa fosfat dan edaran asid trikaboksilik (Edaran Krebs) yang menyimpan tenaga bebas dalam karbohidrat kepada ikatan ATP dan menurunkan nukleotidan piridina (NADH). Laluan ini juga melibatkan pengoksidaan seterusnya melalui pemindahan elektron bersama-sama pengoksidaan laluan fosforilasi yang berlaku dalam membran mitokondria kepada oksigen sebagai penerima elektron yang terakhir bersama-sama pembentukan tiga ATP bagi setiap NADH yang dioksidakan.
planetary circulationedaran planetGeografiTiadaEdaran atmosfera yang melibatkan dua komponen utama iaitu; pertamanya adalah komponen meridian latitud yang disebabkan oleh daya koriolis dan kedua, komponen longitud dan gerakan menegak disebabkan perbezaan tekanan akibat perbezaan pemanasan dan penyejukan di permukaan bumi.
meridional circulationedaran meridianGeologiTiada1. Edaran atmosfera dalam satah mencancang yang terorientasi di sepanjang meridian.,2. Pertukaran jisim air antara kawasan lautan utara dan selatan.
trip distributionedaran perjalananKesenianTiadaBilangan edaran perjalanan dari satu zon lalu lintas ke zon-zon lain.
controlled circulationedaran terkawalKomunikasiKorporatLihat edaran teristimewa.
circulationedaranKejuruteraanKejuruteraan KimiaPengamiran garisan bagi tangen komponen halaju di atas satu garisan kontur tertutup C yang kesemuanya terendam di dalam medan sesuatu bendalir yang dijelaskan sebagai G = �c u d l, dengan G = edaran, u = halaju, l - jarak di sepanjang kontur C. Konsep edaran ialah kriteria untuk mengenal pasti rejim aliran.
12345678910...

Kembali ke atas