Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (égah); mengegah berjalan dgn mengangkat bahu ke depan (kiri dan kanan berganti-ganti). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mulia; mengegahkan; ~ diri memuliakan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata egah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
angle of nutationsudut egahMekanikGunaanKomponen sesaran sudut sesuatu jasad yang berputar di sekitar suatu titik tetap di ruang, diukur di sekitar paksi tegak yang tetap. Sudut egah q mengukur kecondongan jasad tersebut dari suatu paksi tegak yang tetap. Lihat juga egahan, sudut Euler.
nutation velocityhalaju egahMekanikGunaanKomponen halaju sudut jasad yang berputar di sekitar titik tetap di ruang, yang memerihalkan kadar egahan jasad itu. Lihat juga egahan, sudur Euler.
steady-state precessionliukan keadaan mantapMekanikGunaanKeadaan apabila sesuatu jasad berputardi sekitar suatu titik tetap di ruang dengan halaju mejam yang malar sambil meliuk di sekitar paksi tegak dengan halaju liukan yang malar dan sudut egah yang malar. Lihat juga liukan.
Euler’s anglessudut EulerMekanikGunaanTiga sudut yang digunakan untuk mentakrif kedudukan jasad yang erputar di ruang di sekitar paksi tetap. Kedudukan jasad tertakrif sepenuhnya apabila kedudukan titik tetap tersebut serta nilai sudut-sudut Euler diketahui. Tiga sudut Euler itu ialah sudut mejam, sudut egah dan sudut liukan. Sudut-sudut ini ditunjukkan dalam Rajah S13, dengan X-Y-Z ialah sistem paksi yang tetap di ruang dengan asalan titik O manakala x-y-z pula ialah sistem paksi yang juga mempunyai titik O sebagai asalan tetapi berputar bersama jasad. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 188 RAJAH S13
retrograde precessionliukan songsangMekanikGunaanPutaran Jasad tegar di ruang yang boleh diwakili oleh kerucut jasad yang berguling pada kerucut ruang yang tetap, dengan sentuhan berlaku dalam keadaan kerucut jasad berada di dalam kerucut ruang ataupun kerucut ruang berada di dalam kerucut jasad. Liukan songsang berlaku dalam keadaan momen sifatekun I0 di sekitar paksi mejam lebih rendah daripada momen sifatekun I di sekitar paksi-paksi yang serejang dengan paksi mejam, iaitu I0< I. Dalam keadaan liukan songsang, halaju egah dan hajalu mejam mempunyai tanda yang berlawanan. Lihat juga liukan.

Kembali ke atas