Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éh] | إيه

Definisi : (éh) sr kata utk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dll): “E~, dulu di sinilah dia tinggal! Sudah dipindahkan dia agaknya?” (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[éh] | إيه

Definisi : /éh/ kata seru utk menyatakan kehairanan (terkejut dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pencerahan mengenai sebutan perkataan "ee", di mana ia digunakan sebagai sr kata untuk menarik perhatian. Adakah sebutannya sama seperti "eh eh"? Terima kasih.
Kata ee disebut sebagai (éé) sama dengan eeh (ééh). Sila rujuk versi bercetak Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 377.
Tatabahasa17.03.2020
Eh, Kishan kamu di sini! Eh, Kishan! Kamu di sini. Eh, Kishan, kamu di sini! Penggunaan tanda baca yang mana satu baru betul. Terima kasih.Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, tanda baca yang betul ialah Eh, Kishan kamu di sini!Lain-lain21.09.2021
Yang mana satu betul? 1. Eh,mengapa awak lewat? 2. Eh,mengapa awak lewat! 3. Eh!Mengapa awak lewat?Penggunaan yang betul ialah Eh! Mengapa awak lewat?Tatabahasa17.02.2011
Beza perkataan "Oh" dan "Eh" Tolong jawab Terima kasih

Eh” ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dan lain-lain): Contoh ayat, 1. “Eh, dulu di sinilah dia tinggal!” 2. “Eh, Ali rupanya yang datang”. “Oh” pula ialah kata seru untuk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dan lain-lain): Contoh ayat, 1. “Oh, baru ini aku tahu!” 2. “Oh, Tuhanku, selamatkanlah mereka!”

Berdasarkan keterangan tersebut, kedua-duanya kata seru ini boleh digunakan kerana membawa maksud yang hampir sama.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255.

Tatabahasa22.03.2022
(Oh , Eh) tidak sangka Sandra mahu menyertai pertandingan silat itu! Maaf saya ingin bertanya tentang jawapan tersebut adakah eh jawapan yang tepat?Untuk makluman puan, eh ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dll) , manakala oh pula ialah kata seru  untuk menyatakan terkejut (hairan, ke­cewa, menjadi yakin, dll).

Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang hampir sama.

Puan boleh merujuk laman web http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.
Lain-lain21.05.2020
Salam, Apakah tanda baca yang sesuai di hujung ayat ini? Eh, ke mana pula hilangnya dompet saya! Eh, ke mana pula hilangnya dompet saya? Terima kasih.Eh, ke mana pula hilangnya dompet saya?Lain-lain09.05.2014
Eh, penunggang motosikal itu cedera parah setelah merempuh lampu isyarat merah. Adakah betul penggunaan kata seru Eh di dalam ayat tersebut? Mohon penjelasan daripada pihak DBP untuk keterangan lanjut. Terima kasih.

Penggunaan kata seru tersebut betul, dengan tambahan tanda seru di hujung ayat. Eh, penunggang motosikal itu cedera parah setelah merempuh lampu isyarat merah!

Tatabahasa16.05.2020
1. ( Eh / Oh ), payung yang kamu pakai ini kepunyaan kakak saya! Apakah jawapan yang sesuai tentang soalan ini ? Terima kasih.1. Eh, payung yang kamu pakai ini kepunyaan kakak saya! Tatabahasa20.05.2011
Assalamualaikum, Ayat seru yang manakah betul? 1.Eh, di sini rupa-rupanya kamu berada! 2.Oh, disini rupa-rupanya kamu berada!1.Eh, di sini rupa-rupanya kamu berada! 2.Oh, disini rupa-rupanya kamu berada! Kedua-dua ayat ini betul.Tatabahasa16.10.2012
1. Saya berasal ( dari, daripada ) Selangor. Dari digunakan untuk tempat manakala Daripada digunakan untuk orang? 2." ( Eh , Oh ) ,awak rupanya Julia !" kata Kenny . 3. Bagaimanakah membezakan penggunaan Wah & Amboi ? TQ

Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Saya berasal dari Selangor. Dari digunakan utk merujuk kpd tempat atau masa (cth: dia datang dari Kajang), manakala daripada merujuk kpd sumber atau perbandingan (cth: Kain diperbuat daripada benang).

2. "Eh,awak rupanya Julia!" kata Kenny. Eh ialah kata seru utk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dll): Contoh ayat, 1. Eh, dulu di sinilah dia tinggal! 2. Eh, Ali rupanya yang datang. Oh pula ialah kata seru utk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dll): Contoh ayat, 1. Oh,baru ini aku tahu! 2. Oh, Tuhanku, selamatkanlah mereka!

3. Perbezaan wah dan amboi ialah wah digunakan utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll). Contohnya: Wah, dahsyat sungguh!, manakala amboi pula ialah kata seruan utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang. Contohnya: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini!

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan Edisi Empat.

Karya23.07.2010
123

Kembali ke atas