apa bahasa asal ehwal? arab? dan adakah boleh digunakan tanpa digandingkan dengan hal, e.g. ehwal negara, ehwal masyarakat. | Ehwal berasal daripada bahasa Arab, iaitu jamak kepada hal. Dalam bahasa Melayu hal ehwal bermaksud berbagai-bagai hal. | Tatabahasa | 12.10.2011 |
Ejaan yang mana betul, hal ehwal atau hal-ehwal? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah hal ehwal. | Ejaan | 21.05.2012 |
Apakah penulisan yang betul, Persidangan Pengerusi-Pengerusi Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia atau Persidangan Pengerusi-pengerusi Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia? Terima kasih | Penulisan yang betul ialah Persidangan Pengerusi-pengerusi Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia. | Ejaan | 10.03.2023 |
Yang manakah betul ? (a) ' Gambar Ahli-ahli Jabatan Hal Ehwal Pelajar' ATAU ' Gambar Ahli Jabatan Hal Ehwal Pelajar'. (b) 'Gambar Ahli-ahli Majlis Profesional' ATAU ' Gambar Ahli Majlis Profesionali' . Terima kasih atas bantuan selama ini. | Encik Wong, Yang betul ialah: i. Gambar Ahli Jabatan Hal Ehwal Pelajar ii. Gambar Ahli Majlis Profesional | Tatabahasa | 19.04.2010 |
Mana yang betul dan tepat? 1. Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan ke-151 bertarikh 17 Julai 2014 telah membuat keputusan....atau Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan Ke-151 pada 17 Julai 2014 telah membuat keputusan... 2. Setelah diteliti dan dipertimbangkan permohonan tuan... atau Setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan tuan... | Klausa yang betul ialah: 1. Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan ke-151 bertarikh 17 Julai 2014 telah membuat keputusan.... 2. Setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan tuan... | Tatabahasa | 01.10.2014 |
Apakah bentuk kata bagi kata ' hal ehwal' ? Terima kasih. | Saudara, "Hal Ehwal" tergolong dalam bentuk kata nama. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. | Tatabahasa | 05.09.2012 |
adahkah ayat berikut merujuk kepada hasrat saya untuk mengkaji tahap keperluan pengetahuan dan kemahiran guru besar dalam bidang pengurusan hal ehwal murid di sekolah? Mohon cadangan. terima kasih contoh ayat berikut: Tahap Keperluan Pengetahuan Dan Kemahiran Dalam Pengurusan Hal Ehwal Murid Di Sekolah Pulau Di Sabah. Satu Tinjauan Dalam Kalangan Pentadbir Sekolah Rendah. | Cadangan kami tajuk “Tahap Keperluan Pengetahuan dan Kemahiran dalam Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah Pulau di Sabah: Tinjauan dalam Kalangan Pentadbir Sekolah Rendah.”boleh digunakan. | Lain-lain | 27.11.2023 |
Bolehkah padanan ayat di bawah ditukar seperti yang berikut: Penerima atau pemberi suapan melakukan suatu kesalahan walaupun maksud itu tidak dilaksanakan atau perkara itu tidak berkaitan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipal Ayat yang asal adalah seperti yang berikut: Acceptor or giver of gratification to be guilty notwithstanding that purpose was not carried out or matter not in relation to principal’s affairs or business Penerima atau pemberi suapan melakukan suatu kesalahan tanpa mengambil kira maksud tidak dilaksanakan atau perkara tidak berkaitan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipal | Berikut adalah petikan daripada AKTA 694:AKTA SURUHANJAYA PENCENGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009 Penerima atau pemberi suapan melakukan suatu kesalahan tanpa mengambil kira maksud tidak dilaksanakan atau perkara tidak berkaitan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipal (Sumber Akta 694: AKTA SURUHANJAYA PENCENGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009) dan tafsiran itu perlu dikekalkan seperti yang terdapat dalam akta. Kami mencadangkan perkataan “notwithstanding” dikekalkan terjemahannya sebagai “tanpa mengambil kira”, seperti yang terdapat dalam Akta 694: AKTA SURUHANJAYA PENCENGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009
| Lain-lain | 24.08.2021 |
1) Ingin tahu bahawa cara memastikan perkataan majmuk . Contohnya, kereta api / hal ehwal, adalah dalam dua perkataan, manakala ,contohnya ' titikberat' dalam satu perkataan. Bagaimana mengenalpastikan perkataan majmuk dalam satu atau dua perkataan? 2)Di manakah tempat buku tatabahasa keluaran DBP edisi terbaru dapat dibelikan ataupun edisi elektronik boleh didapatkan? | 1) Untuk mengetahuinya, puan boleh membuat rujukan melalui Kamus Dewan atau carian http://prpm.dbp.gov.my/ 2) Puan boleh menghubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP melalui talian 03-41012409 / 2476. | Lain-lain | 17.05.2018 |
Perkataan "LANGSAI" sering dikaitkan dengan hutang. Bolehkah 'LANGSAI" digunakan untuk urusan bukan hutang, contohnya seperti berikut: (1) melangsaikan (menyelesaikan) urusan peribadi (2) melangsaikan (menyelesaikan) perkara berbangkit (3) Hal ehwal belum langsai (unresolved matters) (4) Isu-isu belum langsai (oustanding issues) | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, langsai bermaksud 1. sudah habis dibayar (hutang dan lain-lain), jelas, lunas, selesai 2. (sastera lama) jelas (rupa, pandangan, dll), terang 3. melangsai - melayang (terbang) dengan cepat 4. tirai. Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan langsai tidak sesuai digunakan dalam konteks urusan peribadi, perkara berbangkit, hal ehwal dan isu. | Makna | 16.04.2012 |