Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éh.wal] | احوال

Definisi : (éhwal) hal, kejadian: ~ semasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[éh.wal] | احوال

Definisi : /éhwal/ hal; kejadian: Sekarang marilah kita memperkatakan segala ~ kehidupan nabi itu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ehwal

Peribahasa

Manis laksana gula Sarawak.

Bermaksud :

Persesuaian dalam segenap hal-ehwal. (Peribahasa lain yang sama makna: Manis bagai gula Jawa).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
domestic affairshal ehwal domestikPentadbiranPentadbiran Awam

Urusan dalaman bagi sesebuah organisasi. Hal ehwal domestik merangkumi pembangunan sumber manusia, kenaikan pangkat dan gaji, transaksi kewangan, urusan cuti, pertukaran kerja dan kebajikan anggota organisasi. Segala hal ehwal dalaman ini tidak boleh melibatkan sebarang campur tangan pihak luar organisasi. Contoh, dalam urusan kenaikan pangkat, pihak pengurusan atasan bertanggungjawab membuat segala keputusan tanpa dipengaruhi oleh pihak lain.

public affairshal ehwal awamPentadbiranPentadbiran Awam

Perkara-perkara yang melibatkan kepentingan, keselesaan dan kebajikan masyarakat umum. Hal ehwal awam menjadi agenda penting pemerintahan kerajaan dalam melaksanakan pentadbiran dan pembangunan negara. Penggubalan dasar-dasar negara biasanya bertitik tolak daripada hal ehwal awam, contohnya penggubalan Dasar Sosial Negara adalah kesan daripada masalah sosial yang kian menular sejak kebelakangan ini. Oleh itu, dasar ini memberikan penekanan khusus kepada kesejahteraan masyarakat secara holistik.

internal affairshal ehwal dalam negeriUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerkara, urusan dan hubungan yang berlaku di dalam sesebuah negara yang tidak melibatkan sebarang negara luar. Hal ehwal dalaman secara amnya bebas daripada sebarang peraturan antarabangsa kerana tertakluk kepada undang-undang domestik negara yang berdaulat. Walau bagaimanapun, jika hal ehwal tersebut melibatkan pelanggaran tanggungjawab undang-undang antarabangsa, kebebasan itu tidak terpakai.
public affairshal ehwal awamKomunikasiKorporatJabatan atau bahagian dalam sesebuah organisasi swasta atau awam yang berfungsi untuk mengurus dan memantau aktiviti yang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan, sama ada di dalam atau di luar organisasi. Bagi sesetengah organisasi, bahagian ini dikenali juga sebagai jabatan korporat atau perhubungan awam. Dalam organisasi swasta, bahagian hal ehwal awam turut bertanggungjawab untuk mengurus sebarang bentuk aktiviti yang melibatkan perhubungan dengan agensi kerajaan.
international affairshal ehwal antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerkara, urusan atau hubungan yang berlaku antara sebuah negara dengan negara yang lain. Hal ehwal merupakan elemen utama dalam aturan undang-undang antarabangsa. Contohnya, Jabatan Peguam Negara yang bertanggungjawab melindungi dan memelihara hak dan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa serta memberi nasihat dan pandangan undang-undang kepada kerajaan Malaysia mengikut undangundang dan prinsip-prinsip antarabangsa dengan mengambil kira undang-undang dan dasar-dasar negara serta kepentingan awam. Selain itu, bahagian tersebut juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa obligasi antarabangsa Malaysia di bawah mana-mana perjanjian, triti dan konvensyen yang telah ditandatangani, dipersetujui, diratifikasi, disertai atau dianggotai oleh kerajaan Malaysia dilaksanakan mengikut peruntukan perlembagaan dan undang-undang, peraturanperaturan dan dasar-dasar negara.
home affairshal ehwal dalam negeriPentadbiranPentadbiran Awam

Perkara yang berkaitan dengan urusan dalaman sesebuah negara khususnya yang berkaitan dengan aspek keselamatan, politik, penjara dan kewarganegaraan. Hal ehwal ini dikawal oleh kementerian atau bahagian yang khusus bagi menjamin kedaulatan negara terpelihara. Bahagian ini diketuai oleh seorang menteri atau setiausaha yang bertaraf menteri dan bertanggungjawab dalam memelihara keselamatan dan keamanan negara. Ia merupakan bahagian yang sangat penting bagi mencegah sebarang bentuk ancaman, pencerobohan dan anasir subversif. Di kebanyakan negara kedudukan jabatan polis, penjara, imigresen dan jabatan pendaftaran negara adalah terletak dalam kementerian ini.

international affairshal ehwal antarabangsaPentadbiranTiada

Perkara yang berkaitan dengan hubungan antara negara, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerjasama serantau, NGO antarabangsa dan perbadanan multinasional. Hal ehwal ini melibatkan hubungan di luar sempadan sesebuah negara. Hubungan ini boleh bersifat perdagangan, perundangan, diplomasi, keselamatan, dasar organisasi, pasaran, krisis dan konflik. Kerjasama serantau dalam kalangan negara anggota ASEAN merupakan contoh yang berkaitan dengan hal ehwal antarabangsa.
diplomatic correspondentkoresponden diplomatikUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPihak yang terlibat dalam membuat liputan tentang hal ehwal luar negeri, seperti acara persidangan antarabangsa. Pihak ini termasuklah wartawan dan penyelidik yang membuat kajian secara mendalam. Hasil kerja mereka selalunya dihormati oleh anggota masyarakat hal-ehwal luar negeri. Koresponden diplomatik biasanya pakar dan fasih dalam bahasa yang digunakan oleh diplomat, dan mempunyai hubungan dalam lingkaran diplomat. Koresponden diplomatik bebas untuk menulis ideologi peribadi mereka sendiri dalam membuat tafsiran dan laporan. Mereka memperoleh maklumat daripada sumber yang percayai dalam sesebuah kementerian luar negeri.
city statenegara kotaSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang bersifat bandar dan mempunyai kerajaan sendiri dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran. Konsep ini berkembang pada zaman tamadun Greek sehinggalah kepada era kemunculan empayar Roman. Pada era itu, wujud beberapa negara kota yang dikenali sebagai Polis. Setiap Polis bertanggungjawab terhadap urusan hal ehwal dalaman dan juga luaran masing-masing serta mempunyai angkatan pertahanan sendiri. Majoriti masyarakat yang tinggal di negara kota mendiami kawasan pedalaman, tetapi tidak jauh dari kawasan pusat pentadbiran yang dikenali sebagai pusat sivik yang mempunyai kemudahan seperti pasar, gymnasium dan juga taman rekreasi. Struktur masyarakat negara kota terbahagi kepada beberapa lapisan yang terdiri daripada golongan pemerintah, intelektual, perwira dan juga hamba. Taraf kewarganegaraan di setiap negara kota ditentukan melalui tempat kelahiran seseorang. Selain itu, setiap negara kota juga mempunyai amalan kepercayaan, budaya dan adat masing-masing. Contoh negara kota yang pernah wujud pada zaman Greek ialah negara kota Sparta dan Athens.
administrative officerpegawai tadbirPentadbiranPentadbiran Awam

Pegawai yang bertanggungjawab menguruskan hal-ehwal pentadbiran sesebuah organisasi. Tugas dan fungsi mereka adalah berdasarkan bentuk struktur organisasi sesebuah jabatan. Pegawai Tadbir bertanggungjawab membuat keputusan, memimpin kakitangan bawahannya, melaksanakan dasar dan mengkoordinasikan aktiviti jabatan. Contohnya, Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan seorang Pegawai Tadbir yang bertanggungjawab menguruskan hal-ehwal pentadbiran kerajaan.

12345678910...

Kembali ke atas