Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ja] | ايجا

Definisi : (éja); mengeja membunyikan (menulis) huruf-huruf secara berturut-turut dlm sesuatu perkataan: ~ perkataan sama ialah s-a-m-a; ejaan kaedah atau cara menulis perkataan dgn huruf: penyelarasan ~ khususnya tertumpu pd kata-kata pinjaman (tatanama ubat, bahan (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ja] | ايجا

Definisi : /éja/; mengeja menyebut atau menulis huruf-huruf dlm sesuatu perkataan satu demi satu: Dia tidak tahu ~ perkataan ‘oleh’. ejaan cara atau peraturan menulis perkataan dgn huruf: ~ perkataan ‘saya’ ialah ‘s-a-y-a’. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eja


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana untuk saya membeli software Kamus/Dewan Eja untuk kegunaan kami di pejabat. Terima kasihSalam tuan budiman, Mendapatkan Perisian Dewan Eja Pro DBP ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TNT. Di dalamnya terkandung penyemak ejaan yang didasarkan pada Kamus Dewan Edisi ke-4, sejumlah istilah dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu, dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bahan digital ini boleh dipasangkan pada PC dan juga pada PDA. Tuan bolehlah mendapatkan Dewan Eja pro ini melalui: E-mel: support@tntsb.com Laman sesawang: www.tntsb.com Facebook: Dewan Eja Pro Telefon: 03-83193388 Alamat: 4800-2-6 CBD Perdana, Jalan Perdana, 63000 Cyberjaya, Malaysia, Produk: Dewan Eja Pro 1 0 for MS Office Dewan Eja Pro 10 for Adobe Indesign & InCopy Kamus Pro for Android Kamus Pro for iOS EjaPro MobileKamus Sekian, terima kasih.Lain-lain19.01.2021
Bagaimana eja "keluarganya" dalam tulisan Jawi? Adakah suku kata "ga" pada akhir perkataan keluarga dikekalkan tiada alif apabila ditambah -nya atau perlu ditulis alif?Ejaan Jawi yang betul untuk perkataan “keluarganya” ialah کلوارݢڽ.Tatabahasa09.05.2024
Bagaimana eja "ibunyalah" (ibu + -nya + -lah) dalam tulisan Jawi? Adakah -nya di perkataan itu dieja dengan alif kerana diakhiri -lah atau tiada alif?Ejaan Jawi bagi perkataan  "ibunyalah" ialah  

ايبوثله

Ejaan30.03.2021
Bagaimana eja "Charles" dan "England" dalam tulisan Jawi?

Salam sejahtera,

Tuan,

Cadangan ejaan dalam Jawi:

Charles ---  چرل س
England ---  ايڠڬلند
Sekian, terima kasih.

 
Lain-lain10.02.2018
Bagaimana eja nya untuk tuhan. contoh dengan izinNya. ada sepang ke tidak?Ejaan yang betul ialah izin-Nya.Tatabahasa05.09.2013
Mohon bantu eja dalam Jawi: i-Taqwa Perenial AbarahamicEjaan dalam Jawi, i-Taqwa Perenial Abarahamic:
 

اءي-تقوى ڨرينيل اباراحاميک

Ejaan04.12.2019
Bagaimana hendak eja Rabiulakhir dalam tulisan Jawi?

Ejaan yang betul ialah  ربيع الأخير

Ejaan14.02.2015
Bagaimana hendak eja perkataan 'relax' dalam bahasa Melayu? Rileks, releks atau relaks?Ejaan yang betul ialah relaks atau lebih sesuai disebut santai atau tenang.Penyemakan dan penterjemahan10.10.2014
Dalam Dewan Eja Pro (demikian juga PRPM), terdapat beberapa percanggahan dari segi ejaan dan padanan Melayu sesuatu kata Inggeris. Bagi ejaan, saya akan memilih ejaan daripada Kamus Dewan Edisi Empat jika terdapat percanggahan daripada Kamus Inggeris-Melayu Dewan atau Daftar Istilah dengan andaian, "kamus mutakhirlah yang lebih mantap dan berwibawa". Namun, dari segi padanan perkataan pula (tiada dalam Kamus Dewan Edisi Empat), pada hemat saudara, yang manakah perlu saya utamakan; Daftar Istilah atau Kamus Inggeris Melayu Dewan (kerana tidak dapat dipastikan yang mana lebih mutakhir)? Dalam kes perkataan "hexameter", padanan daripada Daftar Istilah ialah "sadmatra" manakala padanan daripada Kamus Inggeris Melayu Dewan ialah "satmatra". Yang manakah bentuk baku?Sememangnya terdapat perbezaan maklumat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun terjemahan yang persis bagi perkataan hexameter ialah sadmatra sepertimana yang digunakan dalam Daftar Istilah dan Istilah Mabbim dan perkataan ini juga ditemukan dalam Kamus Indonesia.Tatabahasa17.06.2013
adakah salah eja atau salah bahasa penglihatan atau pelihatan ?ejaan penglihatan atau pelihatan adalah betul dan membawa maksud yang sama.Tatabahasa07.01.2008
12345678

Kembali ke atas