Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.jé.kan]/[é.jé/.kan] | ايجيقن

Definisi : perbuatan mengejek, cemuhan, olok-olok (utk menghina), sindiran: saya sudah lali dgn ~ mereka semua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.jé.kan]/[é.jé/.kan] | ايجيقن

Definisi : kata-kata yg dituturkan atau sesuatu yg dilakukan utk mengejek; sindiran yg menghina: nama ~ nama yg diberikan kpd seseorang dgn tujuan utk mengejek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ejekan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya pelajar jurusan master di UM yang sedang melakukan kajian ke atas buli siber menggunakan data daripada twitter. Saya mahu tahu, jika pihak DBP mempunyai senarai Kata-kata yang dikategorikan sebagai kata makian/nista/kesat/ejekan yang boleh membantu saya menjalankan kajian tersebut. Bagaimana boleh saya mendapatkannya atau dengan siapa saya perlu berhubung mengenai perkara ini?Tuan,

Untuk makluman, DBP tidak menyediakan senarai khusus berkenaan kata-kata yang boleh dikategorikan sebagai kata makian, nista, kesat atau ejekan. Mohon tuan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau melayari Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami melalui laman web http://prpm.dbp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Lain-lain23.04.2019
salam. beri maksud perkataan - wang adat, hujan jatuh ke pasir, telinga tebal, dan seperti abu di atas tunggul. TQwang adat : wang untuk perbicaraan(Indonesia). telinga tebal : a. tidak menghiraukan (ejekan, makian, dll.)b. tidak tahu malu. seperti abu di atas tunggul: dengan mudah boleh tercampak atau terhalau,tidak bererti, tidak tetap(suami dalam rumah keluarga isterinya dalam masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di Negri Sembilan). Bagi hujan jatuh ke pasir  tiada terakam di mana-mana rujukan bagi ungkapan ini, walau bagaimanapun dari segi analoginya dapat dihuraikan sebagai sesuatu perbuatan yang sia-sia atau perhubungan yang tidak kekal.Makna19.03.2008
Apakah perbezaan antara nama julukan, nama samaran dan nama timangan? Mereka seolah-olahnya sama sahaja. Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, nama julukan bermaksud nama yang diberi sebagai jolokan (ejekan, sindiran). Nama samaran pula ialah nama yang bukan nama yang sebenarnya atau nama untuk menyem­bunyikan nama yang sebenarnya manakala nama timangan pula bermaksud nama yang dipakai untuk menyatakan sayang atau manja atau nama lain daripada nama yang diberikan ketika lahir.



Lain-lain16.10.2021
Assalamualaikum. Apakah perbezaan antara "sindir" dan "perli"? Boleh tolong berikan contoh perbuatan yang menggambarkan setiap istilah? Terima kasih.Waalaikumussalam.  Sindir dan peril membawa maksud yang sama.  Sila lihat dalam Kamud Dewan Edisi Keempat atau Kamus Pelajar.

Perli :  Ucapan yg dikeluarkan utk mengejek atau utk menyindir; sindiran; ejekan. memerli mengucapkan kata-kata yg menyindir atau yg mengejek: Jangan suka ~ orang.

Perli:  Sindiran perkataan yg di­ucapkan utk mengatai atau utk mengejek orang dgn cara tidak terus terang; ejekan yg tidak langsung. menyindir mengatakan sesuatu (utk mengejek atau utk mencela) dgn cara tidak terus terang; menggiat: Ketika bersama-sama di dlm bas, dia selalu ~ saya.
Makna20.03.2014
Salam, 1. Adakah penggunaan 'si" di dalam ayat dibolehkan? Misalnya: terdapat dua orang raja. Mereka ialah adik-beradik. Si abang merupakan raja yang memerintah negeri Pinang. Manakala si adik pula memerintah negeri bayu.Si ialah kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timang-timangan, panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~ bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk menegaskan orang yg melakukan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~ penjual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh. Harap maklum. Tatabahasa28.07.2008
Salam. ingin tahu maksud perkataan `Wang Adat`,`Telinga tebal`, `Bunga Dedap`, `Hujan Jatuh ke Pasir`, dan `Seperti Abu di atas Tuggul` . Sekian Terima kasih.Wang Adat dalam budaya Indonesia bermaksud wang utk perbicaraan di mahkamah. Yang betul ialah tebal telinga (bukan telinga tebal) bermaksud tidak menghiraukan (ejekan, makian orang); dan tidak tahu malu. Bunga dedap wujud dalam peribahasa laksana bunga dedap, merah ada berbau tidak yang bermaksud orang yg rupanya elok tetapi tidak berbudi bahasa. Seperti Abu di Atas Tunggul bermaksud Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, bila-bila masa sahaja boleh dipecat. Hujan  jatuh ke pasir bermaksud kebaikan (pertolongan dll) yg sia-sia (tidak berbalas).Makna17.03.2008
Kami berhasrat mendapatkan makna, maksud, definasi "Satira" dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, secara rasmi dan bertulis.Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1972) kata satira bermaksud seperti yang berikut:

satira kata nama
1 karya seperti novel, filem dan drama yang menggunakan unsur jenaka untuk menyindir, mengejek, mempersendakan dan sebagainya kelemahan atau kesilapan seseorang atau sesuatu.
Contoh penggunaan: Satira ini mengisahkan kebusukan sikap pemimpin yang mengamalkan rasuah dan kronisme.

2 sindiran, ejekan, sendaan dan sebagainya berbentuk jenaka untuk menyatakan kelemahan atau kesilapan seseorang atau sesuatu.
Contoh penggunaan: Jenaka menjadi wadah untuk menyalurkan satira dan kritikan di samping menjadi bahan hiburan.

Terdapat dua maksud satira yang diberikan bergantung kepada konteks penggunaan kata tersebut. Untuk maklumat lanjut khususnya tentang kata terbitan dan makna kata ini, sila semak kamus terkini terbitan DBP.
Makna15.01.2024
1. Apa beza nista dengan celaan, terutamanya dari segi penggunaannya dalam konteks yg berlainan? Sila sertakan contoh. 2. Apa singkatan yang terkini bagi (sebelum Masehi) dan (Masehi), ada yg tulis SM dan M, dan ada pula yang tulis S.M. dan M. Mana yg terkini?Kamus Pelajar Edisi Kedua mendefinisikan nista sebagai kata-kata yang bertujuan menghina; cercaan; makian: Segala macam nista dan umpat dihamburkan kepada pemuda itu. 2 hina sekali; keji: kata-kata ~ kata-kata yg keji; perbuatan ~ perbuatan yang keji. 3 rasa malu; aib.  Manakala celaan bermaksud ejekan yang keras; kata-kata yg kesat; kecaman.


Singkatan Sebelum Masihi ditulis sebagai SM
Tatabahasa11.08.2016

Kembali ke atas