Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.jén] | ايجين

Definisi : (éjén) 1. orang (syarikat dsb) yg menjalankan perniagaan utk orang lain, wakil penjual: barang-barang gudang kalau dibeli drpd ~nya tentu lebih murah; 2. orang yg diupah (digaji) utk melakukan sesuatu utk orang lain (pemerintah dll): beberapa orang ~ musu (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.jén] | ايجين

Definisi : /éjén/ 1 orang dll yg menjalankan perniagaan utk orang lain; wakil dlm urusan jual beli atau dlm perdagangan; wakil penjual: Pemuda itu ialah ~ sebuah syarikat kereta. 2 orang yg diupah utk melakukan sesuatu utk orang lain: Salah seorang ~ pertubuhan haram itu telah diberkas oleh pihak polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ejen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perlukan kepastian sama ada penggunaan "adalah" atau "ialah" yang tepat untuk ayat ini: Mereka ...... ejen-ejen bertauliah. Terima kasih.Ayat yang betul, "Mereka" ialah ejen yang bertauliah. Kata pemeri  ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, seperti Warna baju yang dipakainya adalah merah dan Majlis diadakan adalah untuk meraikan kejayaannya.Tatabahasa09.04.2014
Apakah beza menghubungi dan menghubungkan? Bolehkah pihak tuan memberikan contoh bagi setiap ayat? Terima kasih

Menghubungi: 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (melalui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapatkannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan sehingga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, menuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu dihubungi dgn ketawa;

Menghubungkan1. menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon;  menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; 

Makna14.09.2009
Yang mana satu penggunaan yang sebenar bagi sub ejen atau sub-ejen?Ejaan yang betul ialah subejenEjaan26.02.2018
ejaan agent dalam bahasa malaysia? EJEN ATAU AGENAgent diterjemahkan kepada ejen dan agen. Penggunaan perkataan tersebut hendaklah merujuk konteks penggunaannya, ejen bermaksud wakil dan agen bermaksud bahan. Untuk maklumat lanjut, rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=agent.Penyemakan dan penterjemahan29.12.2014
Salam..mohon pandangan tuan, ayat manakah lebih sesuai bagi: "Ejen Hartanah" , "Ajen Hartanah" atau"Agen Hartanah"Ejaan yang betul ialah Ejen Hartanah. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat,  ejen bermaksud 1. orang (syarikat dsb) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain, wakil penjual. Contohnya, 'barang-barang gudang kalau dibeli daripada ejennya tentu lebih murah' 2. orang yg diupah (digaji) utk melakukan sesuatu utk orang lain (pemerintah dll). Contohnya, 'beberapa orang ejen musuh.' Agen pula bermaksud  sesuatu yang menyebabkan berlaku­nya tindak balas (proses dsb). Contohnya, agen pendebungaan; agen kimiaEjaan20.01.2012
Salam sejahtera, 1) Adakah 'agen' sinonim kepada 'ejen'? Penggunaan kedua-dua kata nama ini dalam akhbar Utusan Malaysia menunjukkan kedua-duanya sinonim. 2) Tetapi definisi 'agen' dan 'ejen' dalam Kamus Dewan (ed.4) tidak sama. Adakah ini bermaksud, terdapat kesalahfahaman atau kesilapan pengguna? Apakah penggunaan betul untuk kedua-dua kata nama tersebut? 3) Atau adakah 'agen' merupakan ejaan terbaharu dan 'ejen' ejaan lama? Ini kerana kedua-duanya adalah kata pinjaman 'agent' dalam B.Inggeris yang definisinya merangkumi kedua-dua definisi untuk 'agen' dan 'ejen' dalam Kamus Dewan. Mohon penjelasan dari pihak KNDBP. Terima kasih.1. Kedua-dua perkataan agen dan ejen merujuk perkataan Inggeris yang sama, iaitu agent. Agen digunakan untuk bidang sains yang bermaksud sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas, proses dan sebagainya manakala ejen digunakan untuk orang, syarikat dan sebagainya yang menjalankan perniagaan untuk orang lain. Dalam hal ini menunjukkan kedua-dua perkataan itu digunakan mengikut konteks dan bidang yang berbeza.Tatabahasa07.04.2010
1)ejen 2)agen1)ejen 2)agenEjaan02.12.2011
Mana satu betul ejen bank atau agen bank?Frasa yang betul ialah "ejen bank".Lain-lain11.05.2023
ejaan agen /ejen?Kedua-dua ejaan betul tetapi membawa maksud yang berlainan. Agen bermaksud  sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas dan ejen bermaksud  orang (syarikat dsb) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain.Makna24.06.2011
Agent hartanah itu merupakan abang saudara saya. Apakah perkataan paling sesuai untuk menggantikan 'Agent"? Ejen atau Ajen?Ejaan yang betul ialah ejen.Ejaan12.07.2021
1234

Kembali ke atas