Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (ék) bp berlagak (menunjukkan kemegahan, keangkuhan, dsb): walaupun dia tidak mempunyai kerja, dia selalu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ek


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ranat ekranat ekMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Ranat ek ialah sejenis zailofon yang terdapat di Thailand. Alat muzik ini mempunyai 21 bilahan kayu yang digantung di atas sebuah peti kayu berbentuk sampan. Ranat ek menghasilkan melodi kompleks dalam ensembel mahori dan pi phat.

ranat ek (Thai)ranat ekKesenianTiadaGambang daripada kayu.
ranat-ek-lek (Thai)ranat-ek-lekKesenianTiadaGambang daripada besi.
pi phatpi phatMuzikTiada

 Ensembel muzik klasik Thailand yang terdiri daripada kong wong yai dan kong wong lek (gong chime bulatan), ranat ek dan ranat ek lek (zailofon), ching (simbal), mong (gong) dan pi (shawm) serta taphone dan klong that (dram). Ensembel pi phat mengiringi teater dan tarian klasik Thailand dan nang yai. Lihat juga mahori.

likaylikayKesusasteraanTiadaTeater tradisi yang merupakan sejenis opera dari Thailand. Bentuk teater ini merupakan persembahan yang merangkumi unsur-unsur muzik, tarian dan dialog. Kumpulan muzik iringan dikenali sebagai pi phat likay yang melibatkan alat-alat ranat ek (gambang kayu), Khong wong yai (bebeapa biji gong kecil yang disusun dalam bulatan), pi nai (serunai), Klong khaek (sepasang geduk) dan sebiji gendang. Cerita likay merangkumi cerita raja-raja, sejarah, peperangan, cerita klasik, cerita popular dan cerita rakyat.
mahorimahoriMuzikTiada

 Ensembel muzik Thai yang mengutamakan alat tali yang digesek seperti saw sam sai, saw duang dan saw u. Oleh yang demikian, bunyi ensembel tersebut lebih lembut daripada bunyi ensembel pi phat. Alat muzik lain dalam ensembel tersebut termasuklah khlui (flut buluh), ranat ek (zailofon bernada rendah) dan ranat ek lek (zailofon bernada tinggi), kong wong lek (gong chime bernada tinggi) dan kong wong yai (gong chime bernada rendah), ching dan cap (simbal), mong (gong) serta thon (dram berbentuk goblet) dan rammana (dram berbingkai). Ensembel mahori mengiringi lagu nyanyian, teater dan tarian klasik Thai.


Kembali ke atas