Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.kar] | ايکر

Definisi : (ékar) ukuran luas yg bersamaan dgn 4840 ela persegi atau 4046.86 meter persegi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.kar] | ايکر

Definisi : /ékar/ ukuran luas yg besarnya 0.4047 hektar persegi atau bersamaan dgn 4840 ela persegi: 640 ~ sama dgn satu batu persegi atau 259 hektar persegi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum w.b.t., Soalan saya ialah: 1) Adakah wujud perkataan kebolehaksesan (accessibility) di dalam Bahasa Melayu dan contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut: Ayat: Telefon pintar mempunyai ciri kebolehaksesan yang lebih memudahkan penggunaannya. 2) Yang mana satu cara yang betul untuk menulis nombor di dalam ayat (surat rasmi). Setahu saya nombor di bawah 10 perlu dieja. Contoh: Tapak tersebut berkeluasan lima (5) ekar @ 5 ekar? Sekian, terima kasih.1.  Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan accessibility ialah kebolehcapaian, ketercapaian yang digunakan mengikut konteks ayat.
2. Penggunaan yang betul ialah Tapak tersebut berkeluasan lima (5) ekar.
Nombor yang diletak dalam kurungan merupakan pilihan. Boleh digunakan atau digugurkan.
Penyemakan dan penterjemahan21.03.2018
Salam Saudara, Saya nak menyemak ejaan untuk papan tanda seperti di bawah: 2-ekar pembangunan " Rainforest Themed " pertama di Malaysia Sekian Terima Kasih.Paparan awam termasuk papan tanda hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan. Perkataan rain forest themed perlu diterjemahkan, seperti "bertemakan hutan hujan", namun perlu dijelaskan konsep bertemakan dalam frasa tersebut.Penyemakan dan penterjemahan28.10.2016
1. Pertandingan melukis /lukisan, pertandingan mewarna / pewarnaan/ warna , pertandingan masak/ memasak? 2. Apakah perbezaan antara 'untuk' dengan 'kepada' bolehkah tuan tolong terangkan.

Puan Law Siew Mei, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Perkataan yang betul penggunaannya ialah Pertandingan melukis, pertandingan mewarna dan pertandingan memasak.

1. Makna untuk ialah ditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian (seseorang dll): tanah getah yg lima ekar ini ~mu dan tanah sawah yg dua ekar itu ~ adikmu; 2. guna, bagi, buat: wang ~ membeli makanan; ruang ~ bekerja; 3. (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: ditumbuknya kulit kayu itu halus-halus ~ ubat; dibawanya buluh rencong ~ senjata;

2.  Manakala kepada pula bermaksud kata utk menyatakan arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan:

Tatabahasa09.02.2010
Adakah struktur ayat-ayat dan ejaan berikut betul : 1) Kediaman impian yang dipenuhi ketenangan. 2) Gaya hidup selesa dan eksklusif di samping kawasan menghijau. 3)24 unit kediaman eksklusif dengan privasi tinggi. 4) Kediaman mesra alam. 5)Taman Desa Ros Residensi, dibina dengan visi yang ingin menawarkan kehidupan eksklusif, persendirian dan tanpa sempadan antara penghuni dan alam semula jadi. Terletak di tengah-tengah kawasan seluas 2.8 ekar, 24 unit rumah semi-D dua tingkat, dikelilingi lanskap kehijauan yang menenangkan

Sila buat permohonan untuk pengesahan sah bahasa iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/

Terima kasih.

Tatabahasa27.07.2018
'penternak' madu lebah, burung waliit dan burung merpati. dari segi teknikalnya mereka tidak menternak. mereka memperoleh hasil dari haiwan yang berlepas bebas. mereka juga tidak pelihara haiwan itu sebab haiwan itu mencari makan sendiri di alam liar. Haiwan ini boleh berpindah tempat dan mendapat 'tuan' baru. haiwan ini boleh dianggap liar. bahasa inggerisnya yg hamper ialah 'ranching'. Ranch dalam kamus melayu ialah kawasan peternakan yang luas. beribu2 ekar. Jika di fahami dari segi peternakan. sebetulnya Haiwan dalam ranch dibiarkan lepas dan bebas tanpa kandang dan pagar, dan dibiarkan meragut sendirian dgn rumput yang tumbuh liar. saya cadangkan pemunya ternakan (sebetulnya bukan kepunyaan mereka dgn mutlak) utk sistem peternakan ini di beri istilah baru dan saya cadangkan dgn memahami konsep peternakan itu sendiri. sebagai contoh 'penyadap' nira anau adalah orang yg mengerat ,mengutip dan mengumpul nira. pokok anau itu bukan hak mutlaknya. saya ada lihat perkataan melayu nya 'ranco' adaptasi inggeris. jadi kalau digunakan ia menjadi "peranco lebah kelulut" (walit, atau merpati).. atau patut disemak lagi perbendaharaan kata melayu sebab budaya melayu sejak dulu ada sahaja aktiviti ranching khusus nya dalam mencari sumber makanan dari sumber alam, yg percuma dan tanpa input atau modal pelaburan. sekian terima kasih,Istilah yang tuan cadangkan, iaitu "peranco" akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk diteliti dan dibincangkan. Istilah06.10.2016
apakah perbezaan antara "setengah " dengan "separuh"?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, separuh bermaksud 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; manakala setengah pula bermaksud 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah.Istilah04.08.2010
Selamat sejahtera. :) 1. Adakah separuh sama dengan setengah? 2. Hampir ________ daripada murid-murid di dalam kelas itu tidak tahu menulis tulisan khat. A. separuh C. sebilangan B. setengah D. sesetengah 3. Adakah bahkan = malah = malahan ? 4. Beliau bukan sahaja pemurah ________ prihatin terhadap rakyat miskin. A.malah B. walaupun C. bahkan Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, separuh bermaksud 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; manakala setengah pula bermaksud 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah.Lain-lain31.05.2017
Assalamualaikum dan selamat pagi Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan 'untuk' bagi ayat majmuk pancangan komplemen dan penggunaan 'untuk' bagi frasa preposisi. Saya agak keliru dengan kedua-dua perkara tersebut. Maklum balas dari pihak dbp saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Untuk sebagai kata hubung pancangan kompleman berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama.

Contoh:
Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar.
Untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil.

Untuk sebagai kata sendi nama (preposisi) pula ialah menunjukkan kegunaan sesuatu dan menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan.

Contoh: 
Derma untuk anak-anak yatim akan dipungut. (kegunaan)
Tanah seluas dua ekar itu untuk kami. (maksud bahagian yang ditentukan)
Tatabahasa13.12.2020

Kembali ke atas