Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ko.lo.gi] | ايکولوݢي

Definisi : (ékologi) 1. kajian tentang hubungan antara organisma hidup dgn persekitarannya; 2. hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dgn persekitaran: keseimbangan sistem ~ mengalami kerosakan sehingga menimbulkan pelbagai bencana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ko.lo.gi] | ايکولوݢي

Definisi : /ékologi/ ist ilmu ttg hubungan antara makhluk hidup dgn keadaan sekitarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekologi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ecologyekologiBiologiEkologiKajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya, termasuk faktor fizikal dan biotik. Cabang ekologi termasuklah ekologi ekosistem, ekologi fisiologi, ekologi gunaan, ekologi haiwan, ekologi holistik, ekologi komuniti, ekologi pengeluaran, ekologi populasi, ekologi ruang, dan ekologi sinaran.
ecological amplitudeamplitud ekologiBiologiEkologiKeupayaan spesies untuk hidup dalam julat parameter yang terhad, seperti cahaya matahari, suhu atau keasidan tanah. Jika satu antaranya berada di luar julat ketoleranan spesies, faktor sekitaran yang berkenaan disebut sebagai faktor pengehad.
ecological factorfaktor ekologiBiologiEkologiFaktor persekitaran yang mempengaruhi pertumbuhan, perkembangan, dan taburan organisma dan seterusnya menentukan ciri-ciri komuniti organisma tersebut. Misalnya, jenis tanah, kelembapan, pH, suhu, dan organisma lain.
ecological impactkesan ekologiBiologiEkologiKesan terhadap persekitaran, yang disebabkan sama ada oleh perubahan secara semula jadi, seperti tanah runtuh dan banjir, atau oleh perubahan yang dilakukan oleh manusia, seperti penebangan hutan.
ecological equivalentkesetaraan ekologiBiologiEkologiKeadaan yang berlaku apabila spesies yang berlainan mempunyai bentuk hidup yang serupa, terutama dari segi pemakanan. Misalnya, seladang yang makan rumput di Malaysia adalah serupa dengan sapi di Indonesia dan bison di Amerika Utara.
ecological nichenic ekologiBiologiEkologiLihat nic
autecologyautekologiBiologiEkologiKajian ekologi yang berkaitan dengan sesuatu organisma. Kajian ini lebih menekankan kitar hidup dan lakuan organisma tersebut. Sinonim autoekologi. Lihat juga sinekologi.
bioecologybioekologiBiologiEkologiKajian ekologi yang memberikan penekanan yang sama pada haiwan dan tumbuhan.
ecosystemekosistemBiologiEkologiSistem ekologi yang melibatkan pengaliran tenaga melalui rantai serta jaringan makanan, dan perkitaran nutrien secara biogeokimia. Sistem ini terdiri daripada pengeluar, iaitu organisma autotrof, terutama tumbuhan hijau; pengguna, iaitu organisma heterotrof, terutama haiwan; pengurai, yang juga terdiri daripada organisma heterotrof, terutama bakteria dan kulat. Aktiviti pengeluar, pengguna, dan pengurai dipengaruhi oleh keadaan fizik dan kimia sekitaran.
phytoecologyfitoekologiBiologiEkologiCabang ekologi tentang hubungan di antara tumbuhan dan sekitarannya.
12345678910...

Kembali ke atas