Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ko.no.mik] | ايکونوميک

Definisi : (ékonomik) bkn sesuatu yg menghasilkan keuntungan atau tidak merugikan, atau yg tidak melibatkan atau tidak menggunakan perbelanjaan, dsb yg membazir: usaha yg dijalankan setakat ini masih menghadapi banyak masalah, spt saiz ladang yg tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekonomik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan perkataan tidak ekonomik?

Mohon penjelasan lanjut mengenai soalan yang diberikan. Sila nyatakan konteks yang ingin diketahui

  1. Makna secara harfiah “perkataan tidak ekonomik” atau
  2. Penggunaan “perkataan tidak ekonomik” contohnya dalam ayat atau penulisan?

Lain-lain26.04.2022
salam, apakah makn bahasa ekonomik? Adakah perkataan nak, tak, la tergolong dalam bahasa ekonomik?Adakah saudara maksudkan nilai ekonomi bahasa? Walau bagaimanpun tidak ada maklumat tentang konsep tersebut dalam pangkalan data kami. Contoh yang diberikan seperti nak dan tak iialah kependekan bagi perkataan hendak dan tidak yang lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. Untuk membantu saudara mendapatkan maklumat tentang nilai ekonomi bahasa, beberapa artikel boleh dirujuk, iaitu:
Nilai ekonomi bahasa Melayu Mohd. Salleh Majid Berita Harian (Sastera dan Budaya) 23.09.2000
Langkah beri nilai ekonomi kepada bahasa Amir Tan Warisan Nasional 10.06.1990
Bahasa Melayu dan nilai ekonomi Mohd. Salleh Abd. Majid Berita Harian 14.07.1993
Bahasa Melayu kegagalan nilai ekonomi gugat martabat Akhbar:   Utusan Malaysia 25.10.2004

Lain-lain31.05.2012
Pihak kami memohon pengesahan perkataan sebenar bagi ayat di bawah iaitu samada 'menyelenggara' atau 'menyenggara' untuk kenyataan ayat didalam Piagam Pelanggan kami. Mohon mendapat maklumbalas pihak tuan. "Kami komited untuk menyedia dan menyelenggara ATAU menyenggara aset kerajaan bagi memenuhi keperluan pembangunan negara dengan memberikan perkhidmatan profesional yang berkualiti berteraskan penekanan kepada: 1. Jangka masa yang ditetapkan 2. Kos yang ekonomik 3. Reka bentuk yang berkualiti dan mapan"Senggara dan selenggara, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama iaitu mengurus atau mengendalikan. Perkataan selenggara dari aspek Linguistik - berlaku  pengimbuhan (el, em, er, dan sebagainya) yang disisipkan di tengah-tengah sesuatu kata pokok (senggara - selenggara, guruh - gemuruh, cerlang - cemerlang).Tatabahasa07.05.2010
(a) Kata denotasi yang mengungguli perkataan lain dalam penulisan bukan puisi juga hadir dalam puisi. (a1) Kata denotasi yang mengungguli penulisan bukan puisi juga hadir dalam puisi. SOALAN {1} Adakah ayat (a1) terhasil daripada pengguguran frasa "perkataan lain dalam"? SOALAN {2} Adakah kata kerja "mengungguli" digolongkan sebagai Kata Kerja Tak Transif(KKTT)? SOALAN {3} SEKIRANYA "mengungguli" dikira sebagai KKT, adakah ayat (a1) dianggap gramatis memandangkan objek "perkataan lain" digugurkan?

1.           1. Kata denotasi yang mengungguli perkataan lain dalam penulisan bukan puisi juga hadir dalam puisi. Kata denotasi yang mengungguli penulisan bukan puisi juga hadir dalam puisi. Kedua-dua ayat ini ayat yang berbeza tetapi membawa maksud yang hampir sama dan ayat kedua lebih ekonomik.

2. Apitan meN-...-i seperti mengungguli ialah kata kerja aktif transitif.

3. 
Ayat gramatis dan penulisan bukan puisi sebagai objek.

Tatabahasa14.10.2020

Kembali ke atas