Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ko.sis.tem] | ايکوسيستم

Definisi : (ékosistem) sistem yg melibatkan interaksi antara suatu komuniti (haiwan, tumbuhan, dsb) dgn alam persekitarannya yg tidak bernyawa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ko.sis.tem] | ايکوسيستم

Definisi : /ékosistem/ ist sistem lingkungan hidup semula jadi yg terbentuk sbg hasil drpd tindakan yg menyaling antara benda-benda hidup dgn persekitarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekosistem


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ekosistemecosystemSistem yang melibatkan hubungan antara komuniti organisma dengan persekitarannya.Menengah Rendah
ekosistemecosystemSistem ekologi yang terdiri daripada komuniti yang saling berinteraksi dengan persekitarannya, dan seterusnya mewujudkan keseimbangan antara tumbuhan, haiwan, dan bahan tak organik.Menengah Atas
ekosistem seimbangbalanced ecosystemEkosistem yang melibatkan interaksi secara harmoni antara organisma dengan organisma lain dan antara organisma dengan persekitaran.Menengah Rendah
interaksi antara organisma hidupinteraction between living organismsPerhubungan yang berlaku antara satu organisma dengan organisma lain dalam sesuatu habitat. Interaksi antara organisma hidup adalah penting untuk mengekalkan saiz populasi dalam sesuatu ekosistem dan seterusnya mengekalkan ekosistem yang seimbang.Menengah Rendah
pemuliharaan alamconservationProses pelaksanaan pelan pengurusan ekosistem untuk melindungi kepelbagaian sumber bumi.Menengah Rendah
penggunaconsumerOrganisma yang memakan organisma lain dalam satu ekosistem. Contohnya, heterotrof.Menengah Atas
abiotikabioticKomponen bukan hidup seperti air dan tanah dalam ekosistem.Menengah Atas
pengeluarproducerOrganisma autotrof, biasanya tumbuhan hijau yang menjalankan fotosintesis dalam ekosistem, yang mensintesis bahan organik daripada bahan bukan organik.Menengah Atas
biodiversitibiodiversityKepelbagaian jenis tumbuhan dan haiwan yang terdapat pada suatu ekosistem.Menengah Atas
spesiesspeciesSekumpulan organisma yang serupa, berkongsi ciri sepunya, memainkan peranan yang sama dalam ekosistem serta boleh membiak untuk menghasilkan anak.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas