Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ék.sé.ku.tif] | ايکسيکوتيف

Definisi : (éksékutif) (orang atau golongan) yg mempunyai kuasa dan tanggungjawab berkaitan dgn pentadbiran atau pengurusan sesuatu organisasi (syarikat perniagaan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ék.sé.ku.tif] | ايکسيکوتيف

Definisi : /éksékutif/ orang atau sekumpulan orang yg mempunyai kuasa dan tanggungjawab dlm pentadbiran atau dlm pengurusan sesebuah organisasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eksekutif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kata dalam Bahasa Inggeris ialah : Senior Project Executive. Jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu, yang mana betul: Eksekutif Kanan Projek atau Eksekutif Projek Kanan. Minta pencerahan. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang betul ialah Eksekutif Projek Kanan.Istilah03.11.2016
Manakah antara berikut adalah betul? A. Sebagai eksekutif sumber manusia, nasihatkan Faridah mengenai terma dan syarat di bawak kontrak perkhidmatan. B. Sebagai Eksekutif Sumber Manusia, nasihatkan Faridah mengenai terma dan syarat di bawah kontrak perkhidmatan.Ayat yang betul ialah 'Sebagai Eksekutif Sumber Manusia,  Faridah diberikan maklumat tentang terma dan syarat kontrak perkhidmatan'.Tatabahasa21.06.2023
Sekiranya seseorang pegawai itu mempunyai gelaran Datuk, adakah kita perlu menyatakan gelarannya dipangkal hadapan jawatannya. Contoh: jawatan beliau Ketua Eksekutif, adakah perlu dinyatakan sebagai Datuk Ketua Eksekutif dalam surat menyuratSekiranya surat tersebut ditujukan kepada Datuk, maka penulis hendaklah menggunakan kata sapaan yang sesuai kepada Datuk, iaitu Yang Berbahagia Datuk di awal surat. Jawatan seperti Ketua Eksekutif  ditulis selepas nama datuk tersebut di bahagian alamat.  

Contoh ;

YBhg. Datuk Abang Sallehuddin bin Abg. Shokeran
Pengarah,
Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tatabahasa09.07.2013
Tuan/Puan, Penterjemahan pangkat "Presiden Eksekutif Kumpulan" ke Bahasa Inggeris adakah "Group Executive President" tepat?Betul. "Presiden Eksekutif Kumpulan" terjemahannya dalam bahasa Inggeris ialah "Group Executive President".Makna01.12.2021
Tuan/Puan, Maaf terdapat penyuntingan di dalam pertanyaan saya sebelum ini. Adakah terjemahan pangkat "Presiden Eksekutif Kumpulan" ke Bahasa Inggeris iaitu "Group Executive President" lebih tepat?Betul. "Presiden Eksekutif Kumpulan" terjemahannya dalam bahasa Inggeris ialah "Group Executive President".Makna01.12.2021
Saya ingin tahu yang manakah format yang betul dan wajar digunakan? Adakah nama diikuti dengan jawatan ATAU jawatan diikuti dengan nama? Contohnya: Ayat 1 - En Faizal Othman, Ketua Pegawai Eksekutif IWK telah merasmikan majlis itu. Ayat 2 - Ketua Pegawai Eksekutif IWK, En Faizal Othman telah merasmikan majlis itu. Yang manakah ayat yang betul?Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, penggunaan yang tepat ialah Encik Faizal Othman, Ketua Pegawai Eksekutif IWK telah merasmikan majlis tersebut.Lain-lain24.07.2018
Manakah antara berikut adalah benar tentang Kata Nama Khas. A. Encik Redza merupakan Ketua Eksekutif Pemasaran di Syarikat Bernas. B. Encik Redza merupakan ketua eksekuif Pemasaran di Syarikat Bernas.Penulisan kata nama khas yang betul ialah “Encik Redza merupakan Ketua Eksekutif Pemasaran di Syarikat Bernas”.Ejaan21.06.2023
Apakah perbezaan antara "setiausaha agung", "setiausaha eksekutif" dan "setiausaha kehormat" dalam sesebuah persatuan/kelab?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) makna bagi setiausaha agung ialah orang yang mengendalikan pentadbiran atau pengurusan sesuatu organisasi politik yang besar, seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu manakala setiausaha kehormat pula bermaksud setiausaha yang melakukan tugas secara sukarela tanpa menerima upah atau gaji, biasanya dalam persatuan, pertubuhan dan sebagainya. Setiausaha eksekutif pula ialah setiausaha yang mempunyai kuasa dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap pentadbiran atau pengurusan sesuatu agensi, organisasi, syarikat perniagaan dan sebagainya.

Semua maksud tersebut disesuaikan mengikut undang-undang dan keperluan penubuhan sesebuah organisasi, syarikat, pertubuhan dan sebagainya.
Makna08.03.2024
Salam, Apakah terjemahan bagi jawatan "Content Executive"? "Content" dalam konteks ini bermaksud kandungan laman web - teks dan visual. Tugas seorang "Content Executive" adalah untuk menghasilkan kandungan tersebut. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Eksekutif Kandungan Laman Web atau Eksekutif Kandungan.Istilah14.01.2016
Saya adalah seorang eksekutif jualan Telekom Malaysia (TM). Saya bercadang memasang kain rentang (Banner) dalam bahasa Inggeris. Soalan saya, Perlukah kain rentang saya ini mendapat kelulusan DBP terlebih dahulu sebelum mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan. Mohon komen segera kerana banner ini perlu dipasang pada 20/3/2014. Terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak boleh mengesahkan kain rentang dalam bahasa Inggeris. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar kepada DBP untuk pengesahan. Sila hantar melalui domain Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama, sila daftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain18.03.2014
123

Kembali ke atas