Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ék.sis.tén.sia.lis.me] | ايکسيستينسياليسمى

Definisi : (éksisténsialisme) fahaman (falsafah) moden yg menekankan pentingnya pengalaman manusia, dan bahawa setiap manusia (pd akhirnya) bertanggungjawab atas segala tindak-tanduknya: drama tragedi menggarap persoalan yg serius spt soal-soal prinsip hidup yg berh (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eksistensialisme


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EKSISTENSIALISME

Eksistensialisme ialah gerakan falsafah yang

berkembang di benua Eropah pada tahun 1800-

an dan 1900-an. Gerakan ini dikenali sebagai

eksistensialisme kerana pada dasarnya sebahagian

besar ahlinya berminat dengan tabii kewujudan,

atau ada. Istilah kewujudan biasanya bermaksud

kewujudan manusia.

UMUM 
SCHELLING, FRIEDRICH WILHELM JOSEPH VON

Schelling, Friedrich Wilhelm Joseph von

(1775–1854) ialah ahli falsafah Jerman. Karya awalnya

difahamkan sebagai penyambung penting antara

Immanuel Kant dengan Johann Gottlieb Fichte pada

satu pihak, dan G.W.F. Hegel pada satu pihak lagi.

Karya ini memaparkan idealisme dan romantisisme

Jerman. System of Transcendental Idealism (1800),

ialah karya Schelling yang utama pada zaman

remajanya. Dia kemudian mengkritik karyanya yang

awal dan falsafah Hegel sebagai “falsafah negatif”.

Schelling cuba mengembangkan “falsafah positif”

yang menekankan pendedahan dan pengaruh

eksistensialisme.

UMUM 

Kembali ke atas