existentialism | eksistensialisme | Kesusasteraan | Tiada | Fahaman bercorak falsafah atau keagamaan. Fahaman ini menekankan kewujudan dan pembentukan diri manusia, berkaitan dengan sifatnya, tempat dan fungsinya dalam dunia, serta hubungannya dengan Tuhan. Fahaman ini dikembangkan dalam agama dan falsafah, namun unsur-unsurnya banyak meresap ke dalam kesusasteraan. Fahaman ini dimulakan oleh Soren Kierkegaard (1813-55) melalui karyanya Fear and Trembling (1843), The Concept of Dread (1844) dan Sickness Unto Death (1848). Kierkegaard cuba menangani masalah keresahan manusia dengan menampilkan idea bahawa �kewujudan menerusi Tuhan dan dalam Tuhan� boleh membawa kelegaan, bukannya keresahan dan kekecewaan. Oleh itu, manusia dapat mencapai ketenangan fikiran dan rohani. Idea ini berterusan dalampemikiran Kristian hingga abad ke-20. Pendukung utama eksistensialisme Kristian ialah Gabriel Marcel, seorang ahli falsafah dan dramatis yang dikatakan memperkenalkan fahaman eksistensialisme ke dalam falsafah Perancis. Pemikiran eksistensialisme selepas Kierkegaard dikembangkan pada awal abad ke-20 oleh ahli falsafah Jerman, iaitu Martin Heidegger dan Jaspers. Umumnya, pemikiran mereka dianggap punca berlakunya eksistensialisme ateistik. Suatu unsur penting dalam eksistensialisme ialah idea yang menyatakan bahawa kewujudan mendahului dan mengatasi esensi atau inti pati diri. Amat diyakini bahawa manusia hidup berdasarkan kewujudannya dan membentuk dirinya sendiri dengan memilih apa yang dilakukan, dan apa yang tidak dilakukan. Jean-Paul Sartre dari Perancis merupakan pengasas eksistensialisme moden. Ajaran beliau yang disampaikan menerusi novel, drama, dan penulisan falsafah merupakan jenis eksistensialisme yang amat berpengaruh. Menurut Sartre, manusia dilahirkan dengan kekosongan. Manusia bebas untuk tinggal dalam kekosongan itu dan menghayati makna kewujudan yang pasif, yakni dalam keadaan �separuh sedar� tentang dirinya. Sebaliknya, manusia juga boleh keluar daripada keadaan ini. Manusia menjadi lebih sedar akan dirinya, tetapi mungkin mengalami keperitan metafizik dan moral. Pengalaman ini akan menyedarkan manusia tentang sifat absurd pada kewujudannya, justeru mereka berasa resah dan hampa. Namun, tenaga yang dihasilkan oleh kesedaran ini membolehkan manusia �mengheret dirinya keluar daripada lumpur�. Pada masa inilah, kehidupan mereka benar-benar bermula dan manusia menjadi lebih tulen. Dengan menggunakan kuasa memilih, manusia dapat memaknakan kewujudannya, dunia persekitarannya serta bertanggungjawab ke atasnya. Contoh karya eksistensialisme dalam kesusasteraan Barat ialah The Stranger oleh Albert Camus dan Nausea oleh Sartre. Contoh karya sastera daripada alam Melayu ditemui dalam novel Kering Iwan Simatupang. |
absurd drama | drama absurd | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama yang mengungkapkan falsafah eksistensialisme sebagai teras pemikirannya. Lihat jugateater absurd, eksistensialisme. |
existentialism | eksistensialisme | Kesenian | Drama dan Teater | Aliran yang menekankan konsep kewujudan dan menegaskan bahawa manusia perlu membentuk dirinya sendiri mengikut cara dan jalan yang dipilihnya, dengan tidak mengharapkan apa-apa lagi dalam keadaan dunia yang serba hancur dan tidak memberikan sebarang erti. Asas fahaman ini lahir daripada tanggapan Descartes, “I think therefore I exist”. Konsep eksistensialisme mula diperkenalkan melalui pendapat dan karya tokoh penulis dan falsafah seperti Soren Kierkegaard, Martin Heidegger, Jean Paul Sartre dan Franz Kafka. |
existentialism | eksistensialisme | Fizik | Tiada | Tiada |
existentialism | eksistensialisme | Geografi | Tiada | Tiada |
existentialism | eksistensialisme | Kesusasteraan | Tiada | Fahaman yang bercorak falsafah atau keagamaan yang menekankan tentang kewujudan dan pembentukan diri manusia. |
existentialism | eksistensialisme | Sosiologi | Tiada | Tiada |
existentialism | eksistensialisme | Sains Politik | Tiada | Tiada |
existentialism | eksistensialisme | Pendidikan | Tiada | Fahaman yang memberikan penekanan terhadap kewujudan dan kebebasan individu untuk membuat pilihan. |
ethical existentialism | eksistensialisme etika | Kesenian | Tiada | Tiada |