Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éks.klu.sif] | ايکسکلوسيف

Definisi : (éksklusif) bkn (tempat, orang, dll) yg bertaraf tinggi (dlm masyarakat): restoran ~;keeksklusifan keadaan eksklusif: karya reka yg lebih halus dan indah yg menggambarkan keunikan, ~, dan keaslian usaha seni pertukangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eksklusif


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZON EKONOMI EKSKLUSIFKawasan laut yang menganjur sehingga 200 batu nautika dari darat sesebuah negara.GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep
PATEN

Paten ialah dokumen yang dikeluarkan oleh

kerajaan pusat yang memberikan hak eksklusif

kepada seorang pereka cipta bagi ciptaannya

dalam suatu tempoh waktu yang tertentu. Paten

membolehkan pereka ciptanya menghalang orang

lain daripada membuat, menjual atau

menggunakan ciptaannya di negara tempat paten

itu dikeluarkan.

UMUM 
KEDAULATAN NEGARA

Kedaulatan Negara, hak kekuasaan tertinggi yang eksklusif di dalam sesuatu kawasan geografi tertentu ataupun terhadap sesuatu bangsa atau kaum.

UNDANG-UNDANGKonsep
SKIM MISSISSIPPI

Skim Mississippi ialah satu projek kewangan

yang melulu yang dirumuskan di Perancis pada

tahun 1717. John Law, ahli ekonomi Scottish,

memulakan rancangan tersebut dan kemudian

menubuhkan organisasi The Mississippi Company.

Pemangku Raja Perancis, Philippe, Duke of New

Orleans memberikan syarikat ini monopoli (hak

eksklusif) untuk meneruskan operasi perniagaan

yang meluas di Lousiana milik Perancis di Amerika

Syarikat, dan di Kanada.

UMUM 
KAHN, LOUIS I

Kahn, Louis I (1901-1974), arkitek yang terkenal dengan reka bentuk bangunan secara eksklusif dengan bahan konkrit tetulang dan berimej monumental.

KEJURUTERAANTokoh
SHARP, CECIL

Sharp, Cecil (1859–1924) ialah salah seorang

pengumpul utama muzik rakyat Inggeris. Dia

mengembara ke seluruh England, dan ke

Pergunungan Appalachian di Amerika Syarikat,

untuk mendengar muzik rakyat. Sharp lahir di

London. Setelah selesai pengajiannya, dia tinggal

di Australia selama beberapa tahun. Dia kembali

ke England dan menjadi guru muzik di sekolah.

Dia percaya bahawa muzik tradisional Jerman

eksklusif yang diajar di sekolah ketika itu, perlu

ditambah dengan beberapa muzik British. Idea ini

mendorongnya memulakan penyelidikan terhadap

muzik rakyat.

UMUM 

Kembali ke atas