Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ék.so.ga.mi] | ايکسوݢامي

Definisi : (éksogami) 1. (Ant) adat atau perbuatan mengahwini seseorang drpd suku kaum lain; 2. (Bio) penyatuan dua gamet yg berasal drpd dua induk yg mempunyai hubungan kekeluargaan yg jauh atau tidak mempunyai hubungan kekeluargaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ék.so.ga.mi] | ايکسوݢامي

Definisi : /éksogami/ ist penyatuan dua gamet yg berasal drpd dua induk yg tidak mempunyai hubungan kekeluargaan atau yg mempunyai hubungan kekeluargaan yg jauh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eksogami


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUKU

Suku ialah satu kumpulan manusia yang bersaudara

melalui nenek moyang yang sama. Sesetengah suku

merupakan matrilineal (pertalian persaudaraan

melalui nasab ibu). Suku yang lain ialah patrilineal

(pertalian persaudaraan melalui nasab bapa). Ahli

sesuatu suku dapat merasakan hubungan yang rapat

antara satu sama lain, dan biasanya mempunyai

semangat perpaduan yang utuh walaupun mereka

mungkin tinggal berjauhan. Mereka sering berkongsi

harta benda atau hak-hak istimewa. Kebanyakan suku

dikatakan eksogami, iaitu ahli suku mesti berkahwin

di luar suku. Suku sering dinamai mengikut totem

(haiwan atau tumbuhan simbolik). Orang Asli Amerika

mempunyai suku dikenali sebagai suku Bear atau

suku Tobacco.

UMUM 
SEMENDASEMENDA, pertalian untuk seorang lelaki yang mengahwini seorang wanita yang masuk menjadi ahli baharu dalam keluarga wanita tersebut.  Istilah ini digunakan dalam sistem kekeluargaan adat perpatih.  Mengikut adat perpatih, orang semenda ialah orang yang datang daripada satu suku  dan dia mengahwini seorang wanita daripada suku yang lain.  Mengikut adat, sistem perkahwinannya ialah eksogami, iaitu kahwin di luar suku.  Bagi seseorang yang tanpa suku, dia semestinya dikadimkan kepada suku yang berlainan daripada suku bakal isterinya. BUDAYAAdat
ADAT PERKAHWINAN TEMIAR

ADAT PERKAHWINAN TEMIAR, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Temiar di Semenanjung Malaysia. Masyarakat Temiar tidak mempunyai istilah khusus untuk merujuk kepada perkahwinan kecuali perkataan ‘seklog’ yang bermaksud tidur atau tidur bersama. Masyarakat Temiar tidak membenarkan perkahwinan antara ahli keluarga dan saudara sedarah. Perkahwinan antara ahli keluarga yang rapat seperti sepupu juga tidak digalakkan.

            Secara umumnya masyarakat Temiar mengutamakan perkahwinan monogami, tetapi poligami khususnya poligini masih diterima oleh masyarakat ini. Perkahwinan secara endogami juga banyak berlaku berbanding dengan eksogami. Dari segi umur, orang lelaki biasanya berumur 16 tahun manakala orang perempuan lebih muda daripada itu. Selepas berkahwin, pasangan suami isteri biasanya akan membentuk keluarga asas sendiri.

 

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas