Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éks.pé.di.si] | ايکسڤيديسي

Definisi : (ékspédisi) 1. penghantaran atau pengiriman tentera utk sesuatu tindakan dll; 2. perjalanan atau pemergian ke sesuatu tempat utk menyiasat (mencari, menemui, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekspedisi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, betulkah ayat tanya ini? "Siapakah lagi yang akan menyertai ekspedisi ini?" Terima kasih.Ayat  "Siapakah lagi yang akan menyertai ekspedisi ini?" betul.Tatabahasa03.05.2013
Apakah formula penggunaan kata penegas 'kah' dalam kata tanya? Contoh: yang manakah paling tepat, "Berapa orang pesertakah yang akan menyertai ekspedisi ini?" atau "Berapa orangkah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini?" Terima kasih.

Untuk makluman, -kah merupakan partikel bukannya kata penegas. Bagi bentuk bahasa tulisan, partikel -kah harus diletakkan pada kata tanya yang dikedepankan. Ayat tanya yang betul dalam soalan anda harus ditulis sebagai " Berapakah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini?".

Tatabahasa08.08.2011
Siapa-siapa yang hendakkan borang untuk menyertai Ekspedisi Gunung Ledang diminta berhubung dengan Cikgu Farah. Adakah penggunaan Perkataan "hendakkan" salah? Jika salah, apakah cadangan jawapan yang lebih tepat?Ayat yang betul ialah "Sesiapa yang hendak mendapatkan borang untuk menyertai Ekspedisi Gunung Ledang diminta berhubung dengan Cikgu Farah."Tatabahasa04.07.2013
Hasrat Aiman untuk menyertai ekspedisi mendaki Gunung Tahan terpaksa dimansuhkan. Adakah perkataan 'dimansuhkan' dalam ayat di atas salah penggunaannya? Salam.Dimansuhkan bermakna dibatalkan.  Jadi penggunaan perkataan dimansuhkan dalam tersebut tidak salah.Istilah13.06.2014
maksud safariMaknanya ialah ekspedisi utk melihat atau memburu binatang-binatang buas; taman ~ kawasan tanah yg luas dan berkepung tempat binatang buas hidup berkeliaran bebas, dan boleh dikunjungi orang ramai yg menaiki kenderaan dlm kawasan itu.Makna17.01.2010
1. Pertandingan karangan atau pertandingan mengarang? 2. mengikut ekspedisi meredah / merempuh hutan belantara? Terima kasih.Frasa yang lazim digunakan ialah pertandingan mengarang, namun perlu dilengkapkan objek yang dikarang seperti "pertandingan mengarang esei".Tatabahasa17.10.2014
EJAAN BAHASA MELAYU BAGI EXPEDITIONEjaannya ialah ekspedisi.Ejaan27.07.2009
Berhubung dgn pertanyaan tentang penggunaan kata partikel '-kah', menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata ini turut dikenal sebagai kata penegas. Apabila kata penegas ini diletakkan di sini, iaitu Berapakah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini, adakah ayat ini gramatis... Maksudnya, perlukan diletakkan perkataan 'jumlah' menjadi, Berapakah jumlah peserta yang ...... Terima kasih.Berapakah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini? - ayat ini betul Tatabahasa08.08.2011
Ayat berikut betul atau salah dan jika salah mohon penjelasan. 1.Harap dapat makluman awal tentang latar belakang tempat itu. 2.Beberapa orang ahli pasukan pengakap telah berjaya dalam ekspedisi kembara.Kedua-dua ayat yang dinyatakan betul.Tatabahasa23.07.2013
1.apakah maksud bagi perkataan dramatik? 2.apakah makna dekorasi? 3.apakah makna aromatik? 4.apakah yang dimaksudkan dengan pengembaraan? 5.apakah ekpedisi?

Makna dramatik ialah 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menimbulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb): dia menceritakan kisah ~ yg menimpa dirinya.

 Dekorasi pula ialah 1. hiasan, gambar hiasan; 2. bintang kehormatan yg dianugerahkan kerana bakti (jasa.

Aromatik bkn sebatian organik yg berkaitan dgn benzena.

Pengembaraan ialah 1. perihal (perbuatan) mengembara: cerita yg mengisahkan ~ seorang putera raja; 2. tempat mengembara, tempat yg dijelajahi.

Ekspedisi ialah penghantaran atau pengiriman tentera utk sesuatu tindakan dll; 2. perjalanan atau pemergian ke sesuatu tempat utk menyiasat (mencari, menemui, dll).

 

Makna07.02.2010

Kembali ke atas