Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (éksplorasi) penjelajahan ke lapangan utk memperoleh sesuatu: melalui pengamatannya, semua jenis ~ itu merupakan cara utk belajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eksplorasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah perkataan EKSPLORASI digunakan bagi tujuan bukan fizikal atau lapangan. Contohnya Eksplorasi laman sesawang A bagi mendapatkan data seni budaya. Sekian, terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, eksplorasi bermaksud penjelajahan ke lapangan untuk memperoleh sesuatu. Oleh itu, penggunaan perkataan eksplorasi bagi tujuan bukan fizikal atau lapangan tidak sesuai digunakan. Perkataan yang sesuai digunakan dalam ayat tersebut ialah "Layari laman sesawang A bagi mendapatkan data seni budaya".Makna22.03.2021
Salam... saya ingin bertanya perkataan " ekplorasi" - adalah perkataan ini ada dalam kamus dewan. Ayat uang saya hendak bina adalah "Eksplorasi Gunung Tahan" Terima Kasih..Perkataan eksplorasi ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan ejaan yang betul ialah eksplorasi bukan ekplorasi. Maksud eksplorasi ialah penjelajahan ke lapangan utk memperoleh sesuatu: melalui pengamatannya, semua jenis ~ itu merupakan cara utk belajar. Tajuk yang saudara bina itu betul. Istilah16.03.2010
Assalamualaikum.. Bagaimana ejaan "eksplorasi" dalam jawi? Terima kasih.Ejaan perkataan eksplorasi dalam Jawi ialah ايکسڤلوراسي

Ejaan14.07.2020
alan : Ayat mana yang betul ? a) Melalui penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena, pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif telah dapat dihasilkan. ATAU b)Penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena telah menjelmakan pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif.Ayat yang betul. a) Melalui penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena, pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif dapat dihasilkan.Tatabahasa25.08.2014
Adakah dibolehkan penggunaan perkataan inggeris yang dimelayukan seperti Ekplorasi dan Kompetensi, contoh: Eksplorasi Air Bawah Tanah; kompetensi pegawai. Terima kasih.Perkataan “eksplorasi” dan “kompetensi” telah terakam sebagai entri dalam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat;  oleh itu, boleh digunakan.Istilah28.06.2018
Ayat mana yang betul ? a) Melalui pengtahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena, pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif telah dapat dihasilkan. ATAU b)Pengtahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena telah menjelmakan pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif.Terdapat kesalahan ejaan (tiada perkataan tersebut dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat) iaitu "pengtahapan". Sila betulkan perkataan tersebut terlebih dahulu supaya kami dapat memberi jawapan yang tepat.Ejaan20.08.2014

Kembali ke atas