Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (éksplorasi) penjelajahan ke lapangan utk memperoleh sesuatu: melalui pengamatannya, semua jenis ~ itu merupakan cara utk belajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eksplorasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EKSPLORASI PETROLEUMKegiatan dalam usaha penemuan dan penambahan simpanan petroleum yang baru. Umumnya, usaha eksplorasi merupakan kegiatan penting atau nadi dalam industri …Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS)

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)

ialah syarikat minyak dan gas negara yang dimiliki

sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Ditubuhkan

pada 17 Ogos 1974, PETRONAS diperuntukkan

hak milik dan pengawalan sepenuhnya ke atas

semua sumber minyak dan gas Malaysia,

mengikut Akta Kemajuan Petroliam 1974. Sejak

penubuhannya, PETRONAS telah

mempelbagaikan kegiatannya daripada usaha

eksplorasi minyak serta gas di peringkat huluan

kepada aktiviti penapisan minyak, pemprosesan,

pencecairan dan penyaluran gas asli; pengeluaran

petrokimia; pemasaran dan pengangkutan di

peringkat hiliran. PETRONAS mempunyai

kepentingan perniagaan di lebih daripada 30

buah negara. Sehingga akhir bulan Mac 2002,

kumpulan PETRONAS terdiri daripada 73 anak

syarikat milik penuh, 21 anak syarikat milik

sebahagian dan 45 syarikat usaha sama.

UMUM 
PEMPROSESAN GASBidang kejuruteraan yang berkaitan dengan pemprosesan, penghantaran, pengagihan, dan penggunaan gas. Kejuruteraan gas ialah satu bidang yang luas dan mencakupi pelbagai disiplin. Bidang lain yang berkaitan dengan kejuruteraan gas ialah kejuruteraan sivil, mekanikal, elektrik dan kimia. Walau bagaimanapun, kejuruteraan gas dikategorikan sebagai subbidang kejuruteraan kimia. Jika ditinjau dari aspek aktiviti untuk memanfaatkan bahan petroleum, kejuruteraan gas ialah aktiviti bahagian hiliran berbanding bidang kejuruteraan petroleum yang melibatkan aktiviti huluan, iaitu eksplorasi dan pengeluaran bendalir petroleum. Kejuruteraan gas merupakan penghubung antara pengeluar bendalir petroleum dengan pengguna bahan tersebut. Kejuruteraan gas juga merupakan bidang yang kompleks kerana melibatkan orang ramai yang berbeza latar belakang sehingga perlu ditangani dengan sempurna terutamanya yang melibatkan aspek keselamatan harta benda dan jiwa.KEJURUTERAANDisiplin Ilmu

Kembali ke atas