Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éks.po] | ايکسڤو

Definisi : (ékspo) singkatan bagi eksposisi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[éks.po] | ايکسڤو

Definisi : /ékspo/ kep eksposisi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekspo


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
archigramarkigramKesenianSeni BinaAliran seni bina yang muncul pada tahun 1960-an yang mempunyai ideologi masa hadapan (futuristik) dan menggabungkan seni bangunan dengan teknologi kejuruteraan mesin. Contohnya, bangunan kapsul di Ekspo 70 di Osaka, Jepun.
sonata form/sonata-allegrobentuk sonataMuzikTiada

 Bentuk muzik yang penting pada Zaman Klasik. Bentuk so­nata digunakan dalam pelbagai genre seperti sonata, muzik kamar dan simfoni.Bentuk ini biasanya dalam gerakan muzik pertama.Bentuk sonata terdiri daripada tiga bahagian, iaitu eksposisi, perkembangan dan rekapitulasi. Bahagian ekspo­sisi memperkenalkan tema primer dalam nada tonik dan tema sekunder dalam nada berkaitan. Kedua-dua tema tersebut biasanya berbeza dari segi gaya dan suasana. Bahan transisi yang melibatkan modulasi terdapat antara tema primer dengan tema sekunder. Bahagian eksposisi tamat dalam nada berkaitan seperti nada dominan major atau nada submedian minor. Bahagian perkembangan mengembangkan bahan yang terdapat dalam eksposisi. Perkembangan rnerupakan bahagi­an yang mengalami beberapa modulasi secara berturutan. Ba­hagian rekapitulasi pula mengembalikan bahan dari eksposisi dalam nada tonik. Sebuah karya dalam bentuk sonata mungkin bermula dengan satu pengenalan dan tamat dengan salu koda.

temporary installationpemasangan sementaraTeknikElektrikPemasangan pendawaian yang tidak kekal. Mengikut peraturan pendawaian, pemasangan ini tidak boleh digunakan lebih daripada tiga bulan. Setiap tiga bulan pemasangan ini hendaklah diuji dan dibaiki sepenuhnya sebelum boleh digunakan semula. Contoh pemasangan ini ialah pemasangan lampu hiasan di jalan raya sempena menyambut sesuatu perayaan, pemasangan lampu hiasan di kawasan pameran dan ekspo, dan pemasangan lampu penyuluh bangunan.

Kembali ke atas