Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éks.pré.si] | ايکسڤريسي

Definisi : (éksprési) pelahiran maksud (perasaan dsb) dgn kata-kata (gerak-geri dll): tanpa menonjolkan simbol yg berlebihan ~nya, dan tanpa mempedulikan teknik persembahan; mengekspresikan menyatakan atau meluahkan perasaan, fikiran, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[éks.pré.si] | ايکسڤريسي

Definisi : /éksprési/ air muka pd wajah seseorang yg menunjukkan perasaan hatinya: Dia dpt meneka isi hati gadis itu drpd ~ mukanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekspresi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah daftar istilah "self-expression" dalam Bahasa Melayu? Bolehkah 'ekspresi diri' atau 'ekspresi kendiri' digunakan? Sekian, terima kasih.

Berdasarkan data rujukan kami, terdapat istilah self-expression yang dipadankan sebagai “pernyataan diri atau pernyataan kendiri” dalam bidang pendidikan dan psikologi.

Penyemakan dan penterjemahan09.03.2022
Apakah terjemahan atau istilah yang tepat dalam bahasa Melayu untuk ekspresi koboi “yeehaw”? Adakah ia dikira sebagai onomatopia dengan padanan yang sesuai, “yiha”?Padanan kata "yeehaw" untuk menggambarkan ekspresi koboi, masih belum terakam dalam mana-mana kamus atau istilah bahasa Melayu. Kami mendapati kata "yiha" digunakan untuk menggambarkan ekspresi tersebut.Lain-lain24.01.2024
apakah maksud ekspresi??

Saudara,

Makna ekspresi ialah pelahiran maksud dengan kata-kata .

Makna28.02.2010
kamu boleh memberikan/memberi peneguhan dengan menunjukkan aksi melalui ekspresi muka. berdasarkan ayat ini, yang mana lebih tepat memberi atau memberikan?. terima kasihJawapan yang tepat ialah "memberikan"Lain-lain14.10.2016
Selepas perkataan Alhamdulillah, Subhanallah, Masya Allah, dan sebagainya yang menggambarkan ekspresi daripada bahasa Arab, perlukah diletakkan tanda koma selepasnya? Contoh: Alhamdulillah, sihat.Melihat contoh penggunaan "Alhamdulillah, kita telah selamat sampai ..." ada diletakkan tanda koma selepas kata serapan bahasa Arab tersebut.Ejaan12.04.2012
Saya ingin mencari istila paling sesuai untuk "RNA interference (RNAi)", "short interfering RNA (siRNA)", "gene expression" dan "gene editing". Buat masa ini, saya menggunakan istilah rintangan atau penyekatan RNA untuk "RNAi" berdasarkan mekanismenya, "ekspresi gen" atau "penghasilan produk gen" (?) untuk "gene expression" dan "penyuntingan gen" atau "suntingan gen" untuk "gene editing".
Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan tuan, kami mencadangkan istilah-istilah seperti yang berikut:

1. RNA interference - interferens RNA atau gangguan RNA
2. short interfering RNA - RNA menganggu pendek
3. gene expression - ekspresi gen atau pengekspresan gen
4. gene editing - penyuntingan gen
Istilah18.05.2022
Salam. Apakah terjemahan paling tepat bagi istilah bahasa Inggeris "emote" dalam konteks permainan video? Ini merujuk kepada ciri bagi membuat watak pemain melakukan sesuatu isyarat atau tindakan lain bagi menggambarkan sesuatu ekspresi atau perasaan dalam interaksi sesama pemain lain, tanpa membawa nilai bermakna kepada dunia permainan. Terima kasih.

Padanan bahasa Melayu bagi istilah emote ialah emot. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.


Istilah15.02.2023
Saya ingin memohon untuk mendapatkan kepastian mengenai terjemahan perkataan yang telah dilakukan oleh saya. Adakah ia bersesuaian dengan pihak DBP atau dengan siapakah yang perlu saya rujuk untuk mendapat kepastian mengenai permasalahan ini? 1. Emotion regulation diterjemah menjadi regulasi emosi 2. Cognitive reappraisal diterjemah menjadi penilaian kognitif 3. Expressive suppression diterjemah menjadi penekanan ekspresi

Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dinyatakan:

1. Emotional regulation: Pengawalaturan/regulasi emosi

2. Cognitive reappraisal: Penilaian semula kognitif

3. Expressive suppression: Penekanan/penindasan ekspresif

Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.



Istilah21.02.2022
Salam sejahtera, Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas pertanyaan ini kerana frasa ini berunsur makian. Saya ingin tahu jika "holy shit" sesuai diterjemahkan kepada "sialan"? Jika tidak, mohon pendapat pihak tuan/puan. Terima kasih.Frasa slangan "holy shit" bukanlah perkataan yang berbentuk makian dan tidak tepat terjemahannya mejadi "sialan". Perkataan tersebut lebih merujuk kepada ekspresi terkejut terhadap sesuatu perbuatan atau pernyataan.  Terjemahan  untuk perkataan tersebut yang dicadangkan ialah "alamak".Istilah15.06.2019
1.Apakah definisi retorik penceritaan? 2.Apakah tujuan retorik penceritaan? 3.Apakah ciri-ciri retorik penceritaan? 4.Apakah aspek penting retorik penceritaan?

Saudara,

1. Retorik Penceritaan atau naratif ialah suatu bentuk penyampaian melalui cerita sama ada dalam bentuk penulisan atau lisan. dalam bentuk penulisan, retorik ini meliputi pelbagai jenis seperti cerpen, novel,drama, biografi dll.

2. Retorik melibatkan seni penggunaan bahasa yang melibatkan penyampaian idea yang menarik dan berkesan  dengan tujuan untuk memujuk, mempengaruhi, meyakinkan pembaca / pendengar tentang sesuatu perkara (Nik Safiah & Wan Malini).

3. Ciri-ciri retorik penceritaan ialah

a. retorik bentuk ini mempunyai bahagian pendahuluan, perkembangan cerita, konflik dan peleraian,

b. gaya bahasa yang digunakan bersifat imajinatif, menggunakan bahasa sastera seperti imejan, perlambangan, metafora, persenofikasi dll.

c. terdapat sedikit kebebasan  tatabagasa kerana bersifat ekspresi.

4. aspek-aspek penting dalam retorika; pemerian, pemujukan, penerangan,  penceritaan, pendedahan dan penghujahan.

sekian, terima kasih.  

Sastera31.01.2011
12

Kembali ke atas