Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éks.trak] | ايکسترک

Definisi : (ékstrak) keluaran bahan tertentu drpd sesuatu bahan tumbuhan, haiwan, dll: ~ vitamin C drpd buah oren; mengekstrak mendapatkan (jus dsb) secara menghancurkan, menekan, menyuling dsb: ~ jus drpd nanas; pengekstrakan proses (perbuatan atau tindakan) mengek (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[éks.trak] | ايکسترک

Definisi : /ékstrak/ pati atau jus yg dikeluarkan dr sesuatu spt tumbuhan, buah-buahan atau haiwan: ~ vitamin C dr buah oren. mengekstrak mengeluarkan pati, jus dsb dr sesuatu spt tumbuhan, buah-buahan atau haiwan: ~ jus dr nanas. pengekstrak alat atau mesin yg digunakan utk mengekstrak pati atau jus: Beliau berjaya mencipta ~ jus buah-buahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekstrak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah betul penggunaan perkataan ekstrak dalam ayat ini "Bersama ini dikemukakan Laporan Kewangan (ekstrak) bagi tahun 2020 untuk rujukan tuan." Maksud ayat yang cuba disampaikan adalah Laporan Kewangan yang dikemukakan adalah beberapa bahagian sahaja, bukan keseluruhan.Perkataan yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah extract dalam bahasa Inggeris yang bermaksud cabutan. Sila gunakan perkataan cabutan untuk ayat tersebut.Makna20.08.2021
Adakah betul penggunaan perkataan ekstrak dalam ayat ini "Bersama ini dikemukakan Laporan Kewangan (ekstrak) bagi tahun 2020 untuk rujukan tuan." Maksud ayat yang cuba disampaikan adalah Laporan Kewangan yang dikemukakan adalah beberapa bahagian sahaja, bukan keseluruhan. Jika dalam Bahasa Inggeris biasanya dibuat "Financial Statements (extract) for the year ended 31 March 2020".

 Padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi "extract" ialah yang cabutan.

Penyemakan dan penterjemahan02.09.2021
Apakah padanan bagi "Ether extractable matter". Adakah boleh dipadankan dengan "jirim boleh larut eter"? Bagi istilah "intermediate" dalam kontek pemakanan, adakah boleh dipadankan dengan "perantaraan" sahaja atau "bahan perantaraan"?

Padanan bahasa Melayu untuk "ether extractable matter" ialah jirim boleh ekstrak eter dan padanan bahasa Melayu untuk perkataan "intermediate" dalam bidang pemakanan ialah perantaraan  dan bahan perantaraan.

Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.

Makna17.08.2021
1. antioxidant 2. whole-what flour 3. premixed vitamin 4. vanillin 5. malt extract 6. leaving agent 7. skimmed milk powder 8. casrava strerch 9. cocoa mass 10. arkey1. antioksidan 2. tepung gandum lengkap 3. vitamin pracampur 4. vanilin 5. ekstrak malt 6. agen penaik 7. susu tepung milk 8. sagu ubi 9. jisim koko 10. wei/dadihEjaan26.06.2013
Apakah padanan bagi istilah di bawah ini? Monosodium salt of L-Glutamic Acid (Monosodium L-Glutamate) Sodium or Calcium Salt of Guanylic Acid or Inosinic Acid or a combination of these. Yeast extract or dried inactive yeast or autolyzed yeastSekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan, kami mencadangkan padanan dan terjemahan seperti yang berikut:

Garam monosodium asid L-glutamik (Monosodium L-Glutamat) natrium atau garam kalsium asid guanilik atau asid inosinik atau gabungan bahan-bahan ini. Ekstrak yis atau yis tak aktif kering atau yis autolisis.
Penyemakan dan penterjemahan17.08.2021
Apakah padanan yang sesuai bagi "botanical beverage mix" seperti dalam ayat di bawah ini. Sama ada "campuran minuman botani" atau "minuman botani campuran.? Botanical beverage mix 356. (1) Botanical beverage mix shall be a preparation made from the edible portions or extract of plants or herbs, with or without sweetening substance and other food, and includes herbal beverage mix. Campuran minuman botani 356. (1) Campuran minuman botani hendaklah suatu penyediaan yang dibuat daripada bahagian boleh dimakan atau ekstrak tumbuhan atau herba, dengan atau tanpa bahan pemanis dan makanan lain, dan termasuklah campuran minuman herba.Kedua-dua padanan kata bahasa Melayu iaitu campuran minuman botani atau minuman botani campuran boleh digunakan.Lain-lain18.07.2021

Kembali ke atas