Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éks.trak] | ايکسترک

Definisi : (ékstrak) keluaran bahan tertentu drpd sesuatu bahan tumbuhan, haiwan, dll: ~ vitamin C drpd buah oren; mengekstrak mendapatkan (jus dsb) secara menghancurkan, menekan, menyuling dsb: ~ jus drpd nanas; pengekstrakan proses (perbuatan atau tindakan) mengek (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[éks.trak] | ايکسترک

Definisi : /ékstrak/ pati atau jus yg dikeluarkan dr sesuatu spt tumbuhan, buah-buahan atau haiwan: ~ vitamin C dr buah oren. mengekstrak mengeluarkan pati, jus dsb dr sesuatu spt tumbuhan, buah-buahan atau haiwan: ~ jus dr nanas. pengekstrak alat atau mesin yg digunakan utk mengekstrak pati atau jus: Beliau berjaya mencipta ~ jus buah-buahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekstrak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
herbal extractekstrak herbaHerbaTiadaBahan pati yang terhasil melalui pengekstrakan tumbuhan menggunakan pelarut organik, akueus atau gas. Ekstrak herba sejuk dihasilkan melalui rendaman dalam pelarut selama 8-12 jam pada suhu bilik. Ekstrak herba panas dihasilkan melalui pemanasan dalam pelarut pada suhu 60-100�C. Terdapat pelbagai jenis ekstrak iaitu ekstrak, kering, ekstrak cair, tinktur, ekstrak bendalir dan ekstrak likat. Ekstrak digunakan untuk penghasilan produk penjagaan kesihatan dan kosmetik seperti sediaan kapsul, syampu dan krim herba. Contoh ekstrak herba ialah ekstrak alkohol tongkat ali atau ekstrak air kacip fatimah. Sinonim ekstrak tumbuhan.
animal extractekstrak haiwanHerbaPeraturan dan PemasaranPati yang terhasil melalui pengekstrakan haiwan dengan menggunakan pelarut organik atau akues. Ekstrak digunakan dalam penghasilan produk penjagaan kesihatan dan kosmetik. Ekstrak ini dihasilkan melalui rendaman dalam pelarut selama 8 hingga 12 jam pada suhu bilik. Ekstrak haiwan yang terhasil mengandungi komposisi bahan kimia dalam jumlah yang berbeza antara spesies. Terdapat pelbagai jenis ekstrak seperti ekstrak kering, ekstrak cair, tinktur dan ekstrak bendalir. Contoh ekstrek haiwan seperti ekstrak gamat dan ekstrak haruan.
herbal extractekstrak herbaHerbaPeraturan dan PemasaranPati yang terhasil melalui pengekstrakan tumbuhan dengan menggunakan pelarut organik atau akues. Ekstrak digunakan dalam penghasilan produk penjagaan kesihatan dan kosmetik. Ekstrak ini dihasilkan melalui rendaman dalam pelarut selama 8 hingga 12 jam pada suhu bilik. Ekstrak herba yang terhasil mengandungi komposisi bahan kimia dalam jumlah yang berbeza antara spesies. Terdapat pelbagai jenis ekstrak seperti ekstrak kering, ekstrak cair, tinktur dan ekstrak bendalir. Contoh ekstrek tumbuhan seperti ekstrak metanol tongkat ali atau ekstrak air kacip fatimah.
extract bankbank ekstrakHerbaPemiawaianSatu sistem penyimpanan ekstrak herba bagi memudahkan pencarian dan mengekalkan kualiti ekstrak daripada kerosakan. Contohnya, bank ekstrak di makmal fitokimia menyediakan peti penyimpanan sejuk yang telah dilabelkan mengikut abjad.
spray-dryingpengeringan semburHerbaTiadaKaedah pengeringan cecair ekstrak herba menjadi zarah halus. Kaedah ini menggunakan alat pengabus untuk mengeluarkan semburan ekstrak yang halus. Pelarut ekstrak tersejat serta-merta apabila bertembung dengan aliran udara atau gas panas dan menghasilkan serbuk herba kering. Contohnya, pengeringan ekstrak pegaga.
extract fractionfraksi ekstrakHerbaPemiawaianPemisahan komponen ekstrak herba mengikut sifat kekutuban dengan menggunakan pelarut organik. Fraksi ekstrak juga boleh dilakukan mengikut saiz molekul sesuatu komponen ekstrak herba.
malt extractekstrak maltaBioteknologiTiadaEkstrak cecair daripada barli yang digunakan sebagai sumber nitrogen bagi pertumbuhan kulat, yis, dan aktinomiset. Ekstrak ini mengandungi 90% - 92% karbohidrat yang terdiri daripada heksosa (glukosa dan fruktosa), disakarida (maltosa dan sukrosa), trisakarida (maltotriosa) dan dekstrin. Dalam ekstrak ini, terdapat juga protein, peptida, asid amino, purina, dan pirimidina sereta vitamin.
crude extractekstrak mentahHerbaPemiawaianSediaan cecair pekat yang menggunakan pelarut organik atau akueus. Ekstrak mentah boleh disediakan melalui kaedah rendaman sejuk atau panas. Contohnya, ekstrak metanol tongkat ali (Eurycoma longifolia) dipekatkan melalui proses nyahpelarut untuk menghasilkan ekstrak mentah.
quantified extractekstrak terkuantitiHerbaTiadaSediaan ekstrak herba yang mengandungi kuantiti yang setara dengan bahan herba yang diungkap dalam julat (x - y) dan nisbah julat bahan herba dengan sediaan herba tulen yang dinyatakan dalam kuantiti yang tepat dan nisbah ini diungkapkan sebagai (a-b) : 1. Kandungan ekstrak terkuantiti dinyatakan dalam suatu julat. Contohnya, ekstrak kering terkuantiti daun ginkgo (Ginkgo folium) dalam aseton (60%v/v) mengandungi 60 mg ekstrak yang setara dengan 13.2 - 16.2 mg flavonoid sebagai glikosida flavon, 1.68 - 2.04 mg ginkgolida A, B dan C serta 1.56 - 1.92 mg bilobalida.
extraction towermenara ekstrakKejuruteraanTiadaAlat ekstrak berbentuk menara dalam loji ekstrak.
12345678910...

Kembali ke atas