Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éks.trém] | ايکستريم

Definisi : (ékstrém) keterlaluan, melampau; keekstreman perihal (keadaan) ekstrem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[éks.trém] | ايکستريم

Definisi : /ékstrém/ melampau (bkn sikap, pendirian, tuntutan dll); terlalu sangat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekstrem


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
extreme datetarikh ekstremEkonomiTiadaTiada
mood disorderkecelaruan rasa hatiPsikologiPsikologi UmumKumpulan gangguan emosi yang terdiri daripada kemurungan teruk sehingga ke tahap mania ekstrem. Terdapat dua jenis kecelaruan rasa hati, iaitu depresi dan kecelaruan bipolar. Individu yang menghidap kecelaruan depresi akan mengalami dan memperlihatkan kesedihan dan putus asa yang dibesar-besarkan, berpanjangan atau tidak berasas. Simptom-simptom depresinya ialah kesugulan, ketidakupayaan dan tidak dapat merasai kegembiraan atau tidak berminat terhadap sesuatu. Mereka juga memperlihatkan simptom seperti kelesuan, tidur dan makan yang terganggu, rasa tidak berguna, imej diri yang negatif dan perasaan ingin membunuh diri. Individu yang mengalami kecelaruan bipolar pula memperlihatkan pola emosi turun naik yang ekstrem dalam perasaan gembira dan sedih. Kecelaruan ini boleh dialami secara berpanjangan tetapi tidak teruk. Walau bagaimanapun, terdapat kecelaruan rasa hati lebih teruk yang memperlihatkan emosi yang sangat negatif seperti merasakan kegagalan, berdosa, tidak berguna, menjauhkan diri atau bertindak untuk membunuh diri.
disruptive selectionpemilihan porak-perandaBiologiGenetikPemilihan dua ekstrem terhadap sesuatu fenotip untuk menghasilkan dua strain tak selanjar setelah beberapa generasi pemilihan. Misalnya, pemilihan beberapa generasi bijirin untuk suatu tempoh tertentu bagi mendapatkan populasi bulir terpanjang dan bulir terpendek. pemilihan pelbagaian.
j-j couplinggandingan j-jFizikModenBentuk gandingan yang ekstrem antara elektron-elektron orbital atom. Elektron-elektron menunjukkan gandingan orbital-sipn masing-masing serta bersaling tindak antara satu sama lain.
fanning plumeplum kekipasKejuruteraanTiadaPlum yang dibebaskan dalam keadaan menyongsang ekstrem yang peresapan mendatarnya berlaku dengan hanya sedikit percampuran tegak.
frizzlefrizelBiologiGenetikMutasi pada bulu ayam peliharaan. FF melambangkan frizel ekstrem, apabila bulu ayam keras dan mudah luruh, manakala Ft melambangkan frizel pertengahan, apabila lebih banyak bulu yang ikal biasa.
Action FrancaiseAction FrancaiseSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan kaum bangsawan yang ekstrem terhadap kedudukan mereka di Perancis. Pertubuhan ini diasaskan pada tahun 1898 dan dipimpin oleh Charles Maurras. Pertubuhan ini memperjuangkan pemulihan pemerintahan monarki di Perancis, iaitu dinasti Bourbon-Orleans. Selain itu, mereka menuntut desentralisasi Perancis mengikut daerah pentadbiran yang asal. Mereka turut menuntut pembentukan negara koperatif yang mempunyai satu majlis koperatif. Kumpulan ini juga turut memperjuangkan hak istimewa agama Katolik
relativistic astrophysicsastrofizik kerelatifanMatematikTiadaAstrofizik tenaga tinggi yang memberi perhatian kepada tenaga ekstrem, halaju, ketumpatan dan lain-lain yang berkaitan dengan objek samawi seperti bintang kerdil putih, bintang neutron, lubang hitam, galaksi aktif dan tentang alam semesta pada umurnya yang sangat muda.
epistaxisepistaksisHerbaFitoterapiPendarahan dari hidung yang mungkin disebabkan oleh trauma, keadaan persekitaran yang ekstrem atau terdapat benda asing di dalam hidung.
older population Ipopulasi I tertuaMatematikTiadaPopulasi I yang agak muda sedikit daripada populasi ekstrem seperti matahari, bintang garis tegas, bintang A, bintang kerdil Me, bintang raksasa, dan gugus terbuka tua.
123

Kembali ke atas