Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ék.zos] | ايکزوس

Definisi : (ékzos) paip yg menyalurkan gas dll keluar dr enjin sesebuah kenderaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ék.zos] | ايکزوس

Definisi : /ékzos/ lubang atau paip yg menyalurkan gas dll keluar dr silinder enjin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekzos


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Asap dari ekzos / asap daripada ekzos?Jawapan yang betul ialah asap daripada ekzos. Kata sendi nama daripada dalam konteks ini menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda.Tatabahasa19.10.2011
asap (dari,daripada)paip ekzos.'dari' digunakan untuk merujuk kepada tempat atau masa (cth: dia datang dari Kajang), manakala 'daripada' merujuk kepada sumber atau perbandingan (cth: Kain diperbuat daripada benang). Justeru, jawapan yang betul ialah asap daripada paip ekzos.Tatabahasa14.02.2011
Salam sejahtera. Bolehkah tuan memberikan penerangan bagi soalan-soalan yang berikut: a. Asap itu keluar dari /daripada paip ekzos. b. Asap dari /daripada paip ekso itu mencemarkan udara. c. Dia mengambil air dari / daripada sungai. d. Air dari/ daripada sungai itu berkuman. e. Pelajar itu datang dari / daripada Universiti Malaya. Sekian terima kasih.

Berdasarkan contoh ayat yang diberikan maklumat yang diperlukan adalah berkaitan penggunaan kata sendi dari dan daripada. Untuk makluman cikgu kata sendi dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu, seperti ayat Pelajar itu datang dari Universiti Malaya; manakala kata sendi daripada digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan seperti ayat Asap itu keluar daripada paip ekzos. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 270.

Tatabahasa10.02.2011
EXHAUST FAN ROOMBILIK KIPAS EKZOSIstilah03.03.2011
Salam 1Malaysia, 1. Kalau kata 'boros' merujuk kepada Kata Kerja, bagaimana pula dengan frasa 'sangat boros sekali' atau 'amat boros sekali'? Bukankah kata penguat bebas boleh bertemu dengan kata adjektif + sekali? 2. Terjemahan frasa 'hot from oven' dalam bahasa Melayu, apa? Panas dari / daripada oven? 3. Asap kereta keluar dari / daripada ekzos kereta ayah. Terima kasih.1. Frasa "sangat boros sekali" tidak gramatis. Boros sama seperti bazir dan jimat merupakan kata kerja. Untuk melihat contoh penggunaan yang betul, layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=boros.
2. Panas daripada oven.
3. Asap daripada ekzos. Kedua-dua ayat ini merujuk sumber datangnya panas dan asap itu.
Tatabahasa02.06.2012
Assalamualaikum DBP. Nama saya Kapten Mohamad Nawi bin Ismail (Bersara) daripada Syarikat MNI Teguh Jaya Ventures. Saya ingin mendapatkan pengesahan iklan bagi perniagaan saya ini untuk memohon lesen perniagaan daripada Majlis Perniagaan Nilai (MPN). Iklan tersebut adalah seperti berikut: 1. Kedai Toy's Murah - Menjual mainan terpakai daripada luar negera, hard toys dan soft toys 2. AhPeng Garage - Kedai Membaiki Motorsikal, Membaiki motorsikal dan Modifikasi Ekzos Motorsikal Mohon pengesahan daripada pihak tuan untuk pengeluaran Sijil Pengesahan Bahasa daripada pihak tuan. Terima Kasih.Wassalam,

Mohon pihak tuan buat permohonan melalui kunjungan kaunter kami di DBP (Kuala Lumpur) atau melalui dalam talian http://www.dbpsahbahasa.my/

Terim kasih.
Lain-lain18.10.2017
Perbezaan maksud "dari" dan "daripada"Untuk makluman , kata sendi dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu, seperti ayat Pelajar itu datang dari Universiti Malaya; manakala kata sendi daripada digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan seperti ayat Asap itu keluar daripada paip ekzos. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 270.Tatabahasa28.10.2014
Salam sejahtera. Mohon khidmat nasihat tentang penggunaan dari dan daripada, yang mana satukah yang tepat - 1) Saya, pelajar dari kelas 2 Anggerik, ingin membuat aduan mengenai pemandu bas yang kurang bertanggungjawab. 2) Saya, pelajar daripada kelas 2 Anggerik, ingin membuat aduan mengenai pemandu bas yang kurang bertanggungjawab.Berdasarkan contoh ayat yang diberikan maklumat yang diperlukan adalah berkaitan penggunaan kata sendi dari dan daripada. Untuk makluman, kata sendi dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu, seperti ayat Pelajar itu datang dari Universiti Malaya; manakala kata sendi daripada digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan seperti ayat Asap itu keluar daripada paip ekzos. Penggunaan "dari" lebih sesuai bagi ayat berikut.Tatabahasa25.01.2016
Salam tuan di talian, Saya ingin memastikan bahawa penggunaan kata sendi nama dari adalah tepat dalam ayat di bawah. 1. Apakah kejayaan yang dicapai oleh sekumpulan penyelidik dari USM? atau Apakah kejayaan yang dicapai oleh sekumpulan penyelidik daripada USM?Berdasarkan contoh ayat yang diberikan maklumat yang diperlukan adalah berkaitan penggunaan kata sendi dari dan daripada. Untuk makluman, kata sendi dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu, seperti ayat Pelajar itu datang dari Universiti Malaya; manakala kata sendi daripada digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan seperti ayat Asap itu keluar daripada paip ekzos.

USM- tempat.
 Apakah kejayaan yang dicapai oleh sekumpulan penyelidik dari USM? - TEPAT.
Tatabahasa02.08.2012

Kembali ke atas