Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lék.trik] | ايليکتريک

Definisi : (éléktrik) satu bentuk tenaga yg digunakan utk menghasilkan cahaya, kepanasan, dll; keelektrikan selok-belok elektrik: dia mengambil satu kursus dlm ~; pengelektrikan proses (atau perihal) memasang atau melengkapkan sesuatu (jentera, mesin dsb) dgn tenaga (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.lék.trik] | ايليکتريک

Definisi : /éléktrik/ 1 tenaga yg diperoleh dgn cara tindakan kimia atau oleh benda bergeser dan dpt digunakan utk memperoleh cahaya dll. 2 ilmu atau pengetahuan ttg tenaga elektrik. ~ hidro ist elektrik yg dihasilkan oleh kuasa air. keelektrikan selok belok atau hal-hal bkn dgn elektrik: Dia mengambil suatu kursus dlm ~. pengelektrikan proses atau perbuatan menyambungkan kuasa elektrik pd mesin, kenderaan dsb: ~ kereta api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elektrik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
METER ELEKTRIK

Meter elektrik ialah alat yang mengukur arus

elektrik. Syarikat utiliti elektrik menggunakan

meter watt-jam untuk mengukur, dalam kilowatt-jam,

amaun tenaga elektrik yang digunakan oleh

pengguna. Satu kilowatt-jam adalah 1000 watt-jam.

Sepuluh mentol lampu 100 watt yang dihidupkan

selama satu jam akan menggunakan satu kilowatt-jam

elektrik. (Lihat Kilowatt). Syarikat utiliti elektrik

menyambungkan meter kepada talian yang

membekalkan elektrik ke rumah atau kilang. Meter

dibaca pada jeda tetap dan bil pengguna dibuat

berdasarkan bacaan ini.

UMUM 
KUASA ELEKTRIK

Kuasa elektrik ialah penggunaan tenaga elektrik

untuk melakukan kerja. Ia menerangi, memanaskan

dan menyejukkan suhu rumah. Elektrik juga

dapat membekalkan kuasa untuk set televisyen,

peti sejuk, pembersih vakum dan banyak lagi alat

rumah. Kuasa elektrik menggerakkan jentera di

kilang. Eskalator, lif dan komputer, dan banyak lagi

alat bagi kegunaan di kedai dan pejabat menggunakan

kuasa elektrik. Elektrik memacu dan menggerakkan

kereta api dan sistem pengangkutan

bawah tanah. Di ladang, jentera elektrik melakukan

kerja seperti mengepam air, memerah susu lembu

dan mengeringkan rumput kering.

UMUM 
MOTOR ELEKTRIK

Motor elektrik ialah mesin yang menukarkan

tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal untuk

melakukan kerja. Motor elektrik digunakan untuk

menggerakkan pelbagai mesin dan jentera. Mesin

basuh, penyaman udara dan pembersih vakum

termasuk motor elektrik, begitu juga pengering

rambut, mesin jahit dan penggerudi elektrik dan

gergaji elektrik. Pelbagai jenis motor

menggerakkan peralatan mesin, robot dan lain-lain

kelengkapan untuk membolehkan kilang

berjalan lancar.

UMUM 
ARUS ELEKTRIK

Arus elektrik ialah pergerakan atau aliran cas

elektrik. Cas boleh jadi positif atau negatif. Proton

yang menjadi sebahagian daripada nukleus setiap

atom mempunyai cas elektrik positif. Elektron yang

mengelilingi nukleus mempunyai cas negatif. Arus

elektrik boleh terdiri daripada cas positif, negatif

atau kedua-duanya.

UMUM 
ARUHAN ELEKTRIK

Aruhan elektrik ialah proses yang

menyebabkan sesuatu objek dicaskan oleh objek

lain yang mempunyai cas elektrik, tanpa disentuh.

Aruhan elektrik disebabkan oleh tarikan

elektrostatik , iaitu tarikan antara dua cas elektrik

yang berlawanan. Tarikan elektrostatik berbeza

daripada aruhan elektromagnet, iaitu daya yang

bertindak pada zarah bercas yang disebabkan

oleh perubahan medan magnet.

UMUM 
RELAU ELEKTRIK

Relau elektrik ialah alat untuk membekalkan

haba dengan menggunakan elektrik. Ia terdiri

daripada kebuk yang menerima arus elektrik,

yang digunakan untuk meningkatkan suhu bahan

yang diletakkan dalam relau. Bahan yang akan

dipanaskan dikenali sebagai cas .

UMUM 
KAPASITOR

Kapasitor ialah alat yang menyimpan tenaga

elektrik dalam bentuk cas elektrik. Kapasitor

mempunyai banyak kegunaan dalam litar elektrik

dan litar elektronik.

UMUM 
ELEKTRIK UMUM 
ANGKER

Angker ialah gegelung wayar yang menghasilkan

arus elektrik dalam sebuah penjana elektrik.

Gegelung yang berputar dalam sebuah motor

elektrik juga dinamakan angker

UMUM 
KEELEKTROMAGNETAN

Keelektromagnetan ialah cabang fizik yang

mengkaji hubungan antara elektrik dengan

kemagnetan. Elektrokemagnetan berdasarkan fakta

bahawa (1) arus elektrik atau medan elektrik yang

berubah menghasilkan medan magnet, dan

(2) medan magnet yang berubah menghasilkan

medan elektrik.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas