Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lék.trod] | ايليکترود

Definisi : (éléktrod) (Fiz) pengalir elektrik yg melaluinya arus elektrik keluar masuk sesuatu bahan (spt elektrolit, leburan logam, dll) atau peranti (spt tiub elektronik dll); ~ hidrogen piawai = ~ piawai (Kim) elektrod yg digunakan utk menentukan keupayaan elektr (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.lék.trod] | ايليکترود

Definisi : /éléktrod/ ist kepingan logam yg mengalirkan elektrik ke dlm atau ke luar cecair atau gas. ~ (hidrogen) piawai ist elektrod yg digunakan utk menentukan keupayaan elektrod lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elektrod


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ELEKTROD

Elektrod ialah pengkonduksi yang melalui

arus masuk atau keluar dari peranti elektrik atau

elektronik. Kebanyakan elektrod ialah kepingan

logam yang dibentuk menjadi plat, rod, dawai atau

jaringan dawai.

UMUM 
SINAR KATOD

Sinar katod ialah nama sinaran tak boleh

nampak yang dipancarkan dari elektrod negatif

(katod) tiub Crookes (lihat Tiub Crookes). Sinar

ini boleh dihasilkan dengan menyambungkan

elektrod kepada sumber voltan tinggi tenaga

elektrik. Sinar katod menyebabkan pendarfluor

berwarna hijau kekuningan terbentuk apabila

terkena salutan pada kaca tiub. Biasanya, salutan

ini adalah zink sulfida. Bayang-bayang yang

jelas terhasil dalam pendarfluor di hujung tiub

apabila plat logam diletakkan dalam laluan sinar

ini. Tiub sinar katod digunakan dalam peti

televisyen, paparan radar dan banyak alat

saintifik.

UMUM 
ARKA ELEKTRIK

Arka elektrik ialah lengkung haba dan cahaya

yang kuat yang terbentuk apabila arus elektrik

yang kuat melompat merentasi lompang antara

dua elektrod. Gas dalam udara yang terdapat di

antara dua elektrod berperanan sebagai

konduktor dan memancarkan arus merentasi

lompang itu.

UMUM 
SEL BAHAN API

Sel bahan api ialah alat yang menghasilkan

elektrik daripada bahan api dan pengoksida , iaitu

bahan yang berpadu dengan bahan api. Bahan api

dan pengoksida bertindak balas secara kimia pada

dua elektrod yang berasingan (pengalir elektrik

berserta terminal) untuk menghasilkan arus elektrik

terus. Bateri menghasilkan elektrik dengan cara

yang sama. Tetapi dalam bateri, elektrod itu sendiri

adalah bahan api dan pengoksida dan habis

digunakan dalam tindak balas tersebut. Dalam sel

bahan api, bahan api dan pengoksida ditambah

dari luar, dan elektrod kekal tidak berubah.

UMUM 
TIUB CROOKES

Tiub Crookes ialah sejenis tiub vakum. Sir

William Crookes, ahli fizik dan ahli kimia Inggeris,

mencipta tiub itu pada tahun 1870-an sebagai

sebahagian daripada kajiannya tentang sinar katod.

Usahanya membawa kepada penemuan bahawa

sinar ini terdiri daripada aliran elektron.

Tiub Crookes mempunyai elektrod di setiap

hujung atau berhampiran dengannya, dan tekanan

udara yang rendah di dalamnya. Apabila arus

elektrik yang kuat mengalir dari katod (elektrod

negatif) ke anod (elektrod positif), bara muncul di

hujung tiub yang bertentangan dengan katod.

Crookes membuat kesimpulan bahawa sinar yang

tidak kelihatan daripada katod menyebabkan bara

tersebut. Untuk mengkaji sinaran, Crookes

meletakkan objek kecil dalam laluan sinar, di dalam

tiub itu.

UMUM 
DIOD

Diod ialah tiub elektron yang mempunyai dua elektrod, iaitu katod dan anod.

FIZIKAlat/Alatan

Kembali ke atas