Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lék.tro.di.na.mik] | ايليکتروديناميک

Definisi : (éléktrodinamik) cabang ilmu fizik yg berkaitan dgn saling tindakan daya elektrik dgn daya mekanik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elektrodinamik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ELEKTRODINAMIK KUANTUM

Elektrodinamik kuantum ialah  teori

tentang saling tindak antara elektron dengan pancaran

elektromagnet.

UMUM 
ELEKTRODINAMIK

Elektrodinamik, teori berkenaan dengan interaksi antara zarah bercas dengan medan elektromagnet terutama sekali apabila halaju zarah adalah secara relatif sangat besar.

FIZIKTeori/Teorem/Hukum
METER WATT

Meter watt ialah alat yang digunakan untuk

mengukur kuasa elektrik. Jenis meter watt yang

paling biasa digunakan dikenali sebagai meter

watt elektrodinamik . Meter watt elektrodinamik

ini mempunyai dua gegelung dawai. Satu

gegelung tetap disusun untuk menerima arus

daripada litar yang hendak diukur. Satu gegelung

boleh bergerak , yang disokong oleh paksi yang

bertatah manikam yang membolehkannya

berputar, disusun untuk menerima arus yang

berkadaran dengan voltan pada litar yang hendak

diukur.

UMUM 
LUDWIG, HERMANNAhli sains dan ahli falsafah Jerman yang banyak memberi sumbangan dalam bidang fisiologi, optik, akustik dan elektrodinamik pada abad ke-19.FIZIKTokoh
AMPERE, ANDRE MARIE

Ampere, Andre Marie (1775–1836), ahli

matematik dan ahli fizik Perancis, menemui hukum

elektromagnetisme pada tahun 1820-an. Dia

menunjukkan bahawa arus elektrik yang selari

menarik satu sama lain jika bergerak dalam arah

yang sama, dan menolak jika arahnya bertentangan.

Teori matematiknya yang menjelaskan fenomena ini

menjadi asas perkembangan elektrodinamik. Dia

mendapati bahawa arus elektrik yang mengalir

melalui kawat yang bergelung bertindak seperti

magnet. Ini menyebabkan terciptanya galvanometer,

alat untuk mengesan dan menyukat arus elektrik.

UMUM 

Kembali ke atas