Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lék.tro.én.sé.fa.lo.gram] | ايليکتروءينسيفالوݢرم

Definisi : (éléktroénséfalogram) rakaman aliran arus elektrik pd otak yg diperoleh drpd elektroensefalograf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elektroensefalogram


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
electroencephalogram (EEG)elektroensefalogram (EEG)VeterinarPraklinikalCatatan graf tentang aktiviti elektrik otak. Catatan ini biasanya untuk korteks serebrum; kadangkala untuk bahagian lain seperti jisim kelabu. Aktiviti dicatat dengan menggunakan elektrod yang diletakkan pada permukaan kulit kepala. Ujian ini digunakan untuk mendiagnosis kepincangan neurologi; neuropsikiatri dan dalam penyelidikan neurofisiologi.
delta wavegelombang deltaPerubatanTiadaGelombang dalam elektroensefalogram yang mempunyai frekuensi di bawah 3.5 saat.
cerebral function monitor (CFM)monitor fungsi serebrum (CFM)PerubatanTiadaAlat yang diubah suai daripada elektroensefalogram (EEG) konvensional untuk mengawas keseluruhan aktiviti serebrum dengan menggunakan dua elektrod sahaja. CFM digunakan untuk menentukan tahap anestesia tetapi keputusan pemonitoran tidak begitu tepat.
brain wavegelombang otakPerubatanTiadaTurun naik keupayaan elektrik di dalam otak seperti yang digambarkan pada elektroensefalogram.
dysrhythmiadisritmiaPerubatanTiadaKelainan rentak aktiviti jantung atau otak yang masing-masing dikesan menggunakan elektrokardiogram (ECG) dan elektroensefalogram (EEG).
cerebral function analyzing monitor (CFAM)monitor penganalisis fungsi serebrum (CFAM)PerubatanTiadaAlat untuk menganalisis fungsi fisiologi serebrum dengan menggunakan empat gelombang elektroensefalogram (EEG). CFAM lebih berkesan berbanding monitor fungsi serebrum (CFM).
brain deathkematian otakPerubatanTiadaKerosakan otak secara tidak berbalik yang ditandai dengan ketiadaan gerak balas terhadap semua rangsangan, ketiadaan aktiviti otot secara spontan dan ketiadaan elektroensefalogram isoelektrik selama 30 minit. Sinonim kematian batang otak.
cerebral deathkematian serebrumPerubatanTiadaKehilangan fungsi otak yang tidak dapat dipulihkan yang dicirikan oleh nafas terhenti, tiada tindak balas terhadap rangsangan, kehilangan aktiviti otot dan gelombang elektroensefalogram mendatar bagi tempoh masa tertentu.
brain deathkematian otakPerubatanTiadaKerosakan otak secara tidak berbalik, yang ditunjukkan dengan ketiadaan gerak balas terhadap semua rangsangan, ketiadaan aktiviti semua otot secara spontan dan ketiadaan elektroensefalogram isoelektrik selama 30 minit. Sin: koma tak berbalik
anaesthetic depthkedalaman anestesiaPerubatanTiadaStatus pesakit yang tidak sedarkan diri atau pengsan semasa pemberian ubat anestesia. Penentuan kedalaman boleh dilakukan secara pengamatan parameter fisiologi seperti kadar denyutan jantung, tekanan darah, kadar pernafasan, saiz pupil, gelombang elektroensefalogram (EEG) atau dengan menggunakan indeks bispektral (BIS) atau indeks evok potensi auditori (AEP).
12

Kembali ke atas