Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lék.tro.kar.dio.gram] | ايليکتروکرديوݢرم

Definisi : (éléktrokardiogram) rakaman yg dibuat oleh elektrokardiograf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elektrokardiogram


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
electrocardiogram (ECG)elektrokardiogram (ECG)VeterinarPraklinikalUjian bukan invasif bagi mencatat aktiviti elektrik jantung. Aktiviti elektrik ini berkait dengan impuls yang bergerak melalui jantung yang kemudian menentukan kadar denyutan dan ritma jantung. Elektrokardiogram dilakukan dengan meletakkan elektrod pada dada dan kaki haiwan untuk menilai keadaan jantung.
electrocardiogramelektrokardiogramBiologiFisiologiRakaman aliran elektrik yang dihasilkan oleh kegiatan jantung dalam bentuk graf.
electrocardiogram (ECG)elektrokardiogram (ECG)PerubatanTiadaRekod grafik daripada arus kegiatan jantung pesakit yang dirakam dengan menggunakan alat elektrokardiograf (ECG).
fetal monitoringpemantauan janinKejururawatanTiadaPemerhatian terhadap maklumat keadaan janin. Contohnya, elektrokardiogram dan fetal oksimetri nadi.
dysrhythmiadisritmiaPerubatanTiadaKelainan rentak aktiviti jantung atau otak yang masing-masing dikesan menggunakan elektrokardiogram (ECG) dan elektroensefalogram (EEG).
central-scapular lead 5 (CS5)dedawai ke-5 skapular-pusat (CS5)PerubatanTiadaPengesanan gelombang elektrokardiogram dengan menggunakan tiga elektrod yang diletakkan pada skapula kanan, sternum tengah dan apeks jantung. Kaedah ini bertujuan mengesan iskemia dan infarksi jantung yang berlaku di bahagian dinding anterolateral dan posterior jantung.
depressiondepresiPerubatanTiadaPengurangan atau penurunan aktiviti fungsian, misalnya depresi gelombang ST dalam EKG (elektrokardiogram).
#NAME?#NAME?PerubatanTiadaSuatu bentuk imbuhan asing yang merujuk pada rakaman sesuatu aktiviti tertentu atau gambar sesuatu struktur. Misalnya, elektrokardiogram.
cardiovascular preoperative evaluationevaluasi kardiovaskular prabedahPerubatanTiadaPemeriksaan sistem kardiovaskular pesakit sebelum pembedahan. Pemeriksaan ini melibatkan pengambilan sejarah pesakit, pemeriksaan kadar denyutan dan ritma jantung, pengukuran tekanan darah arteri dan vena jugular, auskultasi bunyi jantung, membuat interpretasi sinar-X dada dan elektrokardiogram.
clinical information system (CIS)sistem maklumat klinikal (CIS)Teknologi Maklumate-KesihatanSistem yang direka bentuk untuk mengumpul, menyimpan dan mengubah maklumat klinikal yang sedia ada bagi menambah baik proses perkhidmatan penjagaan kesihatan. CIS bukan sahaja terhad kepada sistem makmal atau sistem pengurusan elektrokardiogram (ECG), tetapi juga meliputi semua aspek maklumat klinikal seperti rekod kesihatan elektronik (EHR). CIS juga menyediakan repositori data klinikal yang berupaya memberikan maklumat kepada pengamal perubatan mengenai keadaan pesakit, pilihan rawatan, status keputusan dan juga langkah yang perlu diambil.

Kembali ke atas