Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lék.tro.lit] | ايليکتروليت

Definisi : (éléktrolit) (Kim) larutan atau bahan lebur yg mengalirkan arus elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.lék.tro.lit] | ايليکتروليت

Definisi : /éléktrolit/ ist cairan atau larutan yg dpt mengalirkan tenaga elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elektrolit


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ELEKTROLIT

Elektrolit ialah bahan yang mengalirkan elektrik.

Kebanyakan elektrolit mesti dilarutkan dalam air

atau larutan lain. Bateri mengandungi elektrolit

sama ada dalam bentuk cecair atau larutan pekat.

UMUM 
MENYADUR ANOD

Menyadur anod ialah sejenis elektrolisis yang

digunakan untuk menyalut logam dengan lapisan

pelindung oksida. Logam bertindak sebagai anod

(kutub Positif) sel elektrolit. Ion oksida bercas

negatif dialirkan menerusi larutan yang

dinamakan elektrolit, dan mengoksidakan

permukaan logam. Aluminium boleh disadur

anod dalam larutan asid sulfurik. Magnesium

sering disadur anod dalam larutan dikromat.

UMUM 

Kembali ke atas