Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lék.tro.lit] | ايليکتروليت

Definisi : (éléktrolit) (Kim) larutan atau bahan lebur yg mengalirkan arus elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.lék.tro.lit] | ايليکتروليت

Definisi : /éléktrolit/ ist cairan atau larutan yg dpt mengalirkan tenaga elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elektrolit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anodizingpenganodanKimiaTiadaPenyalutan objek yang diperbuat daripada logam (seperti aluminium) dengan tipisan oksida pelindung dengan menjadikannya anod di dalam rendaman elektrolit yang mengandungi elektrolit pengoksida.
electrolyte dissociationpenceraian elektrolitKimiaTiadaPenceraian elektrolit kepada ion positif dan ion negatif.
electrolyte solutionlarutan elektrolitKimiaTiadaLarutan yang terhasil apabila elektrolit larut di dalam air.
electroplatingsadur elektrikFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanProses menyadur logam atau aloi daripada larutan elektrolit yang sesuai. Benda yang perlu disadur mestilah dijadikan sebagai katod di dalam larutan elektrolit. Arus terus dialirkan dari anod (logam penyadur) ke katod melalui elektrolit.
electrolyte balancekeseimbangan elektrolitKimiaTiadaKeadaan normal yang mana tindakan dan tindak balas dua atau lebih elektrolit adalah dalam perkadaran seimbang.
anolyteanolitKimiaTiadaBahagian elektrolit yang berhampiran dengan anod di dalam sel elektrolit.
formation factorfaktor formasiGeologiTiadaNisbah kekonduksian elektrolit terhadap kekonduksian batuan yang tertepu dengan elektrolit tersebut.
ionic molar conductivitykekonduksian molar ionKimiaKimia AnalisisKekonduksian ionik spesifik bagi satu larutan elektrolit dengan isi padu unit dalam ml yang mengandungi 1 mol elektrolit.
battery hydrometerhidrometer bateriTeknikElektrikHidrometer yang digunakan untuk menyukat ketumpatan bandingan elektrolit bateri sekunder. Nilai ketumpatan ini menentukan sama ada bateri itu telah mencapai tahap cas penuh atau tidak. Ketumpatan bandingan bagi elektrolit sel asid plumbum ialah 1.270 apabila bercas penuh dan kurang daripada 1.190 ketika nyahcas sepenuhnya.
electrochemical cellsel elektrokimiaFizikNanoteknologiSel yang terdiri daripada gabungan dua elektrod, disusun dalam suatu bahan elektrolit supaya tindak balas penurunan pengoksidaan berlaku serta menghasilkan daya elektromotif. Contohnya, sel kering, sel basah, sel piawai, sel bahan api, dan sel elektrolit pepejal.
12345678910...

Kembali ke atas