Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lék.tro.mag.nét] | ايليکترومݢنيت

Definisi : (éléktromagnét) (Fiz) besi yg menjadi magnet apabila arus elektrik dialirkan melalui dawai yg dililitkan padanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.lék.tro.mag.nét] | ايليکترومݢنيت

Definisi : /élékromagnét/ ist besi yg menjadi magnet apabila tenaga elektrik dialirkan melalui wayar yg dililitkan pdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elektromagnet


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
elektromagnetelectromagnetMagnet sementara yang kemagnetannya boleh hilang apabila ketiadaan arus elektrik.Menengah Atas
gelombang mikromicrowaveGelombang elektromagnet yang dihasilkan oleh pelbagai peranti elektromagnet. Panjang gelombang mikro ialah antara 10-3 m ke 0.03 m.Menengah Atas
sinar-XX-raySinaran elektromagnet yang mempunyai jarak gelombang yang pendek, iaitu antara 10-10 hingga 10-7 meter. Sinar ini terhasil apabila sinar katod melanggar atom unsur. Sinar-X banyak digunakan dalam bidang penyelidikan dan perubatan.Menengah Atas
sinar ultraunguultraviolet raySinaran elektromagnet yang mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada cahaya ungu, tetapi lebih panjang daripada sinar-X.Menengah Atas
sinar inframerahinfrared raySinaran elektromagnet yang mempunyai jarak gelombang yang lebih panjang daripada cahaya merah, tetapi pendek daripada gelombang mikro.Menengah Atas
gelombang radioradio waveGelombang elektromagnet yang mempunyai julat panjang gelombang 10-1 m hingga 106 m.Menengah Atas
cahaya tampakvisible lightSinaran elektromagnet yang mempunyai julat panjang tertentu yang dapat dilihat dengan mata kasar.Menengah Atas
sinar ultraunguultraviolet raySinaran gelombang elektromagnet yang berjulat antara 10 nm — 400 nm dengan frekuensinya lebih besar, dan jarak gelombangnya lebih kecil daripada cahaya boleh nampak. Dedahan sinar ultraungu yang berlebihan boleh menyebabkan kanser kulit. Sinar ultraungu dikenali juga sebagai sinar ultralembayung.Menengah Rendah
perambatanpropagationPergerakan tenaga gelombang yang berlaku pada gelombang elektromagnet, air atau bunyi mengikut arah yang berserenjang dengan muka gelombang.Menengah Atas
cas elektrikelectric chargeZarah asas positif dan negatif, yang dapat menarik atau menolak satu sama lain melalui tindak balas elektromagnet. Dua zarah dengan cas yang serupa menolak satu sama lain, manakala dua zarah dengan cas yang berbeza menarik satu sama lain.Menengah Atas
12

Kembali ke atas