Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lék.tron] | ايليکترون

Definisi : (éléktron) (Fiz) zarah yg lebih kecil drpd atom dan mempunyai cas negatif; ~ bebas elektron yg tidak terikat pd atom atau molekul, dan bebas bergerak di bawah pengaruh medan elektrik atau magnet; ~ valens elektron dlm petala atom paling luar, yg terlibat (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.lék.tron] | ايليکترون

Definisi : /éléktron/ ist bahagian atom yg bercas negatif. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elektron


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENAPANG ELEKTRON

Senapang elektron ialah nadi bagi berbagai-

bagai peranti elektron. Ia termasuk tiub televisyen,

tiub osiloskop, mikroskop elektron dan mesin

sinar-x. Dalam tiub televisyen, senapang elektron

menghasilkan alur elektron yang tajam seperti

pensel, yang dipecut ke arah skrin pendarfosfor.

Elektron mengenai fosfor pada skrin dan

menyebabkan ia berkilau. Alur “menulis” gambar

pada skrin sama caranya seperti pensel menulis

pada kertas. Semakin tinggi halaju elektron,

semakin terang imej pada skrin. Dalam penerima

televisyen, senapang elektron menulis ratusan

garis mendatar bagi setiap gambar. Ia menulis

setiap garis dalam masa satu per 60 juta saat.

UMUM 
MIKROSKOP ELEKTRON

Mikroskop elektron ialah alat yang

menggunakan alur elektron untuk membesarkan

imej objek. Mikroskop elektron boleh membeza

jelas (menghasilkan gambar yang terang) fitur yang

jauh lebih kecil daripada yang dapat dilihat melalui

mikroskop optik, yang menggunakan kanta dan

cahaya nampak untuk membesarkan imej. Kuasa

pembesaran yang hebat menjadikan mikroskop

elektron sebagai alat utama penyelidikan dalam

bidang biologi, kimia, perubatan, dan metalurgi.

Ernst Ruska dan lain-lain ahli sains Jerman telah

membina mikroskop elektron yang pertama pada

tahun 1931.

UMUM 
ELEKTRON

Elektron ialah zarah subatom bercas negatif.

Model atom yang berguna menunjukkannya

sebagai nukleus halus yang dikelilingi oleh

elektron.

UMUM 
MUON

Muon ialah sejenis zarah asas yang hampir sama

dengan elektron tetapi mempunyai jisim yang

lebih berat. Sesuatu zarah asas tidak terdiri

daripada unit yang lebih kecil. Muon tergolong

dalam famili zarah asas yang dinamakan lepton,

yang juga termasuk elektron. Seperti elektron,

muon kira-kira 207 kali lebih berat daripada

elektron. Muon adalah tidak stabil dan ia mereput

(mengurai) membentuk elektron dan lain-lain zarah

yang lebih ringan.

UMUM 
MAGNETON BOHRUnit asas bagi momen magnet elektron, iaitu unit bagi keamatan medan magnet yang diaruhkan oleh elektron yang berorbit mengelilingi nukleus.FIZIKSifat/Keadaan
SIRI GERAK ELEKTRIK

Siri gerak elektrik, juga dinamakan siri

elektrokimia atau siri aktiviti, ialah senarai logam

dan hidrogen berhubung dengan

kecenderungannya untuk kehilangan elektron

semasa tindak balas kimia. Logam yang lebih

mudah kehilangan elektron daripada hidrogen

disenaraikan sebelum hidrogen dalam siri ini.

Logam yang kurang mudah kehilangan elektron

daripada hidrogen mengikut hidrogen dalam

senarai siri yang berikut adalah tertib yang

sesetengah biasanya untuk digunakan dalam siri

gerak elektrik: kalium, kalsium, natrium,

magnesium, aluminium, zink, besi, nikel, timah,

plumbum hidrogen, tembaga, merkuri, perak,

platinum, emas.

UMUM 
SINKROTRON

Sinkrotron ialah alat yang memecut elektron

dan proton kepada tenaga tinggi. Ia adalah

sejenis pemecut zarah yang menyebabkan zarah

bergerak dalam orbit bulat (lihat Pemecut zarah).

Ahli fizik menggunakan sinkrotron untuk

mengkaji struktur dan daya nukleus atom.

UMUM 
ZARAH BETA

Zarah beta ialah elektron yang dibebaskan oleh

nukleus atom radioaktif apabila terjadi

transformasi nuklear. Kebanyakan zarah beta

bercas negatif dan terbentuk apabila neutron

bertukar kepada proton.

UMUM 
ELEKTRODINAMIK KUANTUM

Elektrodinamik kuantum ialah  teori

tentang saling tindak antara elektron dengan pancaran

elektromagnet.

UMUM 
ORBITAL ATOMOrbit dan orbital merupakan dua istilah yang berbeza. Orbit merujuk kepada laluan yang dilalui oleh elektron yang mengelilingi nukleus sesuatu atom, manakala orbital merujuk kepada ruang kawasan di sekitar nukleus atom.KIMIAKonsep
1234

Kembali ke atas