Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lit] | ايليت

Definisi : (élit); kaum (golongan) ~ golongan yg dianggap berpengaruh, intelek, dsb: dlm hubungan ini, golongan ~ dan badan politik mempunyai peranan penting. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
counter elitelit-sainganSains PolitikTiadaTiada
counter eliteelit sainganSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok kelas atasan yang memberi saingan kepada kelompok elit yang selama ini mendominasi politik dalam sesebuah masyarakat atau negara. Elit saingan muncul kesan daripada proses sosialisasi yang terbentuk dalam masyarakat tersebut sama ada melalui pendidikan, pemodenan dan juga pendedahan terhadap ideologi luar. Kemunculan elit saingan ini sedikit sebanyak telah menggugat kedudukan dan dominasi elit yang telah lama bertapak dan berpengaruh khususnya dari aspek idea, nilai dan strategi. Misalnya, kemunculan kelas menengah Melayu kesan daripada pemodenan dan pendidikan telah memberi saingan kepada dominasi elit tradisional Melayu dalam strata masyarakat yang akhirnya telah mengambil alih teraju kepimpinan masyarakat Melayu.
elite treepokok elitPerhutananPengurusan Hutanlih. elit.
eliteelitPerhutananPengurusan HutanPokok pilihan yang terbaik untuk tujuan pengeluaran biji benih. pokok elit.
oligarchyoligarkiSains PolitikPolitik PerbandinganBentuk pemerintahan yang dikuasai oleh segolongan elit yang sangat berpengaruh dalam masyarakat. Pemerintahan ini melaungkan idea demokrasi tetapi pada hakikatnya segolongan kecil elit sahaja yang menentukan segala keputusan penting dalam pemerintahan. Walaupun begitu, pemerintahan ini memberi kebebasan kepada orang ramai dan membenarkan kehadiran pembangkang, golongan pendesak, media yang bebas dan perlembagaan yang kukuh. Oligarki tidak semestinya berada dalam sistem pemerintahan demokrasi tetapi juga wujud dalam sistem pemerintahan komunis. Konsep ini dikembangkan oleh Roberto Michels yang menghuraikan fenomena oligarki di Jerman Timur pada era perang dingin.
power eliteelit berkuasaSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan atasan yang mendominasi kuasa politik dan ekonomi dalam sesebuah masyarakat. Golongan ini mempengaruhi keputusan politik supaya mereka mendapat kelebihan dan keuntungan dari kedudukan tersebut. Jawatan penting dalam pemerintahan ekonomi dan pentadbiran disandang secara berganti-ganti di kalangan mereka tanpa memberi peluang kepada orang lain. Walau bagaimanapun, mobiliti sosial dalam penguasaan elit ini masih terbatas. Contohnya, elit yang menguasai perniagaan alat peperangan dan ketenteraan di Amerika Syarikat yang mempengaruhi dewan senat supaya melancarkan perang bagi kepentingan perniagaan mereka.
political eliteelit politikSains PolitikPolitik PerbandinganSekumpulan kecil anggota masyarakat yang berada di peringkat atasan yang memiliki kelebihan kuasa, pendidikan dan ekonomi berbanding dengan rakyat kebanyakan. Dengan kelebihan ini, mereka dapat menguasai politik dan pemerintahan serta sekali gus memelihara kepentingan mereka. Walaupun golongan ini bersaing sesama sendiri dalam dunia poIitik sesebuah negara namun kuasa politik tetap berlegar di kaIangan mereka. Sifat-sifat yang wujud pada elit politik boleh berbentuk moden, tradisional mahupun militer yang bersesuaian dengan struktur masyarakat tersebut. Contohnya, pemimpin tertinggi Barisan Nasional yang menganggotai kabinet tergolong dalam elit polilik di Malaysia.
ruling eliteselit pemerintahSains PolitikPolitik PerbandinganSekumpulan kecil golongan atasan yang menguasai pemerintahan, ekonomi dan pentadbiran dalam sesebuah negara. Kumpulan penguasa ini tidak semestinya terlibat secara langsung dalam jentera pemerintahan tetapi memiliki hubungan yang akrab dengan pemerintah. Hubungan ini boleh terbentuk kerana mereka menganggotai parti yang sama, rakan lama, hubungan persaudaraan, ikatan perniagaan dan rakan dalam perjuangan sesuatu matlamat poIitik. Dengan itu, mereka mempunyai suara dan sangat berpengaruh dalam menentukan sesuatu keputusan, mempengaruhi pembentukan sesuatu dasar dan boleh campur tangan dalam pelaksanaannya. Contohnya, elit pemerintah Singapura yang wujud di sekitar golongan kanan pemimpin atau bekas pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP).
kite theoryteori layanganKomunikasiTiadaTeori komunikasi yang menunjukkan adanya empat unsur yang saling berkaitan dan membentuk kerangka layangan iaitu kaum elit, isu, media dan khalayak umum. Menurut teori ini, maklumat mengenai isu untuk sesuatu persoalan diperoleh daripada orang ramai, kaum elit atau media massa dan kadangkala terdiri daripada gabungan unsur-unsur tersebut.
eliteelitGeografiTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas