Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ém] | عيم

Definisi : (ém) unit ukiran linear yg sama dgn saiz poin yg digunakan (enam poin em bermakna enam poin lebar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata em


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi perkataan-perkataan berikut? Gay, lesbian, bisexual, non-binary, queer, genderqueer, intersex, transgender, cisgender, gender, sexPadanan bahasa Melayu bagi istilah <em>gay em>ialah homoseks, <em>lesbian em>ialah lesbian, <em>bisexual em>ialah dwiseksual, <em>non-binaryem> ialah bukan binari, <em>queer em>ialah kuira, <em>genderqueer em>ialah genderkuira, <em>intersex em>ialah interseks, <em>transgender em>ialah transjantina, <em>cisgender em>ialah cisgender, <em>gender em>ialah jantina atau gender, dan <em>sex em>ialah jantina. Padanan kesemua istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah11.02.2024
Salam, dalam Bahasa Melayu, terdapatkah perbedaan halus atau secara semantik untuk kata-kata "apabila," "ketika," dan "tatkala"? Terima kasih.Kata <em>apabilaem>,<em> ketikaem> dan<em> tatkalaem> ialah kata keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa keterangan dengan klausa utama. Penggunaannya berdasarkan konteks ayat - <em>Apabila senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makananem>; <em>Pencuri memasuki rumah itu ketika penghuninya sedang nyenyak tidurem> dan<em> Tatkala hujan turun, mereka masih di sawahem>. Dari aspek makna, kata keterangan <em>apabilaem> dan <em>tatkalaem> boleh bertukar ganti penggunaannya. Untuk melihat makna ketiga-tiga kata ini, sila rujuk PRPM. Tatabahasa12.08.2022
Aslm tuan,, mana yang lebih sesuai antara pensadaian dengan pesadaian, dan juga, pendamparan dengan pedamparan untuk situasi kapal terkandas.

Berdasarkan rujukan dalam <em>Kamusem> <em>Dewan em><em>Perdanaem><em>, em>perkataan “pensadaian”, “pesadaian” dan “pedamparan” tidak dicatatkan sebagai kosa kata. Namun, perkataan "pendamparan"  sesuai digunakan bagi merujuk kepada keadaan kapal yang terkandas. "Pendamparan" membawa makna hal atau perbuatan terdampar atau mendamparkan, seperti contoh ayat yang berikut:

“New Zealand merupakan tempat pendamparan ikan paus yang paling tinggi”.    

Untuk mengetahui ejaan, makna kata atau istilah, pengguna boleh membuat semakan melalui laman sesawang:  www.prpm.dbp.gov.my 

Ejaan26.08.2023
Saya ingin bertanya tentang perbezaan penggunaan psikiatrik dan psikiatri. Mohon beri penjelasan berserta contoh ayat. Sekian terima kasih.Mengikut <em>Kamusem><em> Dewan em><em>Perdanaem>, perkataan "psikiatrik” ialah berkaitan dengan gangguan dan rawatan mental atau jiwa yang mana seseorang individu mengalami masalah psikiatrik boleh menjadi agresif, manakala psikiatri ialah cabang ilmu perubatan yang berkaitan dengan kajian dan rawatan gangguan mental atau jiwa.Makna06.07.2022
Adakah Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu dieja dengan huruf besar atau huruf kecil? Saya kerap melihat kedua-dua ejaan diguna pakai dalam media massa. "KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melihat semula prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan berkaitan kenderaan elektrik (EV) bagi memastikan sektor itu dapat dibangunkan dengan lestari di dalam negara." Dipetik daripada "Kementerian Pengangkutan arah JPJ lihat peraturan, SOP berkaitan EV", BERNAMA, 16 Oktober 2023.

Penulisan  bagi istilah <em>Sem><em>tandardem><emem><em>Oem><em>perating em><em>Pem><em>rocedureem> <em>(SOP)em><emem>dalam bahasa Melayu ialah “Prosedur Operasi Standard”.  Namun, terdapat variasi penggunaan istilah ini seperti yang berikut:
 

i.          Prosedur Pengendalian Standard

ii.         Tatacara Pengendalian Piawai (bidang Ekonomi)

iii.        Tatacara Operasi Standard (bidang Sains Politik)

Istilah17.10.2023
Salam. Apakah perbezaan antara pendek dan rendah? Yang manakah sesuai digunakan untuk manusia? Lekaki itu pendek. Atau Lekaki itu rendah.Perkataan <em>pendekem> dan <em>rendahem> membawa maksud yang hampir sama bergantung pada konteks penggunaannya. Contohnya: <em>Lelaki itu pendekem> / <em>Lelaki itu rendahem> dan<em> Lagu yang dinyanyikan olehnya bernada rendahem> (bernada pendek - salah).Tatabahasa07.07.2022
YANG MANA SATU EJAAN YANG BETUL: BEREKOD ATAU BERREKOD?Ejaan yang betul ialah berekod.

Sila rujuk <em>Pedoman Pembentukan Ejaan Bahasa Melayuem>, <em>Tatabahasa Dewanem>, <em>Kamus Dewan Perdanaem> dan lain-lain sebagai panduan ejaan bahasa Melayu.
Ejaan22.02.2024
Apakah seramik, porselin dan tembikar merujuk benda yang sama? Terima kasih.

Tembikar ialah jenis seramik, manakala porselin ialah salah satu bahan yang digunakan untuk membuat seramik, selain tanah liat. Takrifan seramik, tembikar dan porselin dalam <em>Kamus Dewan Perdanaem> ialah:

seramik سيراميک [se⋅rɑ⋅mik]

<em>n em>1 barang yg dihasilkan drp tanah liat, mis tembikar, pasu dan jubin: <em>Kami menyediakan seramikem> <em>berukir bagi hiasan dalaman masjid tsb. em>2 bahan<em> em>yg keras, rapuh dan mempunyai takat lebur<em> em>yg tinggi yg dibuat drp tanah liat: <em>Seramik yg paling penting ialah tanah liat tradisional. em>3 seni<em> em>dan teknik membuat barang-barang drp tanah<em> em>liat, tembikar dsb: <em>Karya yg dipamerkan ialah seni catan, cetakan, seramik, anyaman dan foto yg merupakan hasil kerja tangan pelajar UPSI.em>

berseramik برسيراميک [bər⋅se⋅rɑ⋅mik] <em>ktt em>ada seramik atau berhias dgn seramik: <em>Ruang dapurem> <em>atas berseramik biru menjadikan dapur tampakem> <em>mewah.em>

<em> em>

tembikar تمبيکر [təm⋅bi⋅kɑr]

<em>n em>1 cawan, mangkuk, pinggan dll yg dibuat drp tanah liat yg dibakar dan bergilap; 2 serpihan

tembikar, cawan, mangkuk dll; tembereng;

 

porselin ڤورسلين [por⋅sə⋅lin] <em>n em>bahan yg dibuat drp campuran tanah liat, kuarza dsb, yg dipanaskan sehingga menjadi pepejal putih yg licin, keras dan digunakan sbg penebat elektrik, peralatan dapur, makmal dsb;

berporselin برڤورسلين [bər⋅por⋅sə⋅lin] <em>ktt em>mengandungi porselin: <em>bahan batuan berporselin.em>

Semoga jawapan ini menjawab persoalan tuan.

Terima kasih.<em>em>

<em>em>

Makna22.03.2023
Bagaimana cara untuk mengeja peralatan jurutera kepada bahasa melayu. Sebagai contohnya Gear, Bearing, Inverter, Hoist, Burner, Boiler, Pulley dan CouplingPadanan bahasa Melayu bagi istilah <em>gear em>ialah gear, <em>bearing em>ialah galas, <em>inverter em>ialah penyongsang, <em>hoist em>ialah pengangkat, <em>burner em>ialah penunu, <em>boiler em>ialah dandang, <em>pulley em>ialah kapi, dan <em>coupling em>ialah pengganding. Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. Istilah23.11.2022
Apa terjemahan "milestone" yang merujuk kepada sesuatu tahap yang sudah dicapai dalam satu projek yang besar?Tiada padanan "<em>milestoneem>" yang merujuk kepada sesuatu tahap yang sudah dicapai dalam satu projek yang besar. Kami mencadangkan kata <em>tanda arasem> atau <em>penanda arasem>, <em>titik sasaran, peringkat operasi em>atau <em>carta perbatuanem>, digunakan mengikut kesesuaian konteks dan penggunaannya.Lain-lain05.10.2023
12345678910...

Kembali ke atas