Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ém] | عيم

Definisi : (ém) unit ukiran linear yg sama dgn saiz poin yg digunakan (enam poin em bermakna enam poin lebar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata em


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIK RUMAH

Lik rumah, yang juga dinamakan <EM>hidupEM>

<EM>selamanyaEM>, ialah sekumpulan tumbuhan sukulen

yang berkaitan dengan sedum. Daunnya yang

berisi cenderung membentuk roset yang padat.

Bunganya yang berbentuk bintang tumbuh pada

batang sehingga 30 sentimeter tingginya dan

berwarna putih kehijauan, warna ros, kuning

atau ungu.

UMUM 
AKUA REGIA

Akua regia<EM> EM>ialah campuran asid nitrik dan asid

hidroklorik. Ia penting dalam kaji logam dan kimia

kerana ia melarutkan logam seperti platinum dan

emas.

UMUM 
ADI GRANTH

Adi Granth,<EM> EM>yang bermakna Kitab Asal, ialah kitab

suci kaum Sikh. Kaum Sikh ialah pengikut ajaran

Sikhisme, salah satu agama di India. Adi Granth ialah

suatu koleksi lebih daripada 6000 gita puja.

UMUM 
AIR TERJUN AUGRABIES,

Air Terjun Augrabies<EM> EM>di Sungai Orange di

Afrika Selatan, adalah antara air terjun yang

terkemuka di dunia. Ia terletak lebih kurang 90

kilometer di barat Upington, di utara Cape

Province.

UMUM 
MALARIAMalaria ialah penyakit parasit yang berbahaya
yang biasa berlaku di kawasan tropika dan
subtropika. Penyakit ini disebabkan oleh <EM>protozoa
EM>(organisma mikroskopik) yang dikenali sebagai
<EM>PlasmodiumEM> dan disebarkan oleh gigitan nyamuk
betina <EM>Anopheles EM>(nyamuk tiruk). Mangsa malaria
mengalami serangan secara sejuk dan demam. Dua
hingga tiga juta orang mati akibat penyakit ini setiap
tahun.
UMUM 
LIE, MARIUS SOPHUS

Lie, Marius Sophus (1842–1899) ialah ahli

matematik Norway yang terkenal kerana usahanya

dalam<EM> teori kumpulanEM> dan <EM>geometri bezaanEM>.

Selepas belajar di University of Christiana di Oslo,

dia ke Paris pada tahun 1870. Di Paris dia bersama

ahli matematik Jerman, Felix Klein melakukan

penyelidikan tentang <EM>kumpulan transformasiEM>.

UMUM 
LIGNOKAINA

Lignokaina ialah sejenis ubat untuk menahan

rasa sakit di bahagian tubuh yang tertentu.

Ubat seperti ini dinamakan <EM>anestetik setempatEM>.

Lignokaina digunakan di dalam pembedahan

dan prosedur pergigian sebagai <EM>penyekat sarafEM>

<EM>bahagianEM>. Ini bermakna, ia disuntik di sekeliling

saraf yang mengawal deria rasa di bahagian tubuh

yang tertentu. Lignokaina juga digunakan dalam

salap dan semburan yang berpreskripsi ataupun

yang tidak berpreskripsi sebagai bahan anestetik

untuk kecederaan kulit yang kecil. Lignokaina

digunakan juga untuk merawat denyutan jantung

yang tidak normal.

UMUM 
KESULTANAN KEDAH

KESULTANAN KEDAH, institusi kerajaan Kedah. Menurut sumber lisan dan legenda, asal usul institusi kerajaan Kedah berhubung rapat dengan Raja Rum yakni Turki (<EM>Hikayat Merong MahawangsaEM>), Raja Parsi (<EM>AI-Tarikh Salasilah Negeri KedahEM>), kerajaan Moghul di India (<EM>Sudut PandanEM>), dan Raja Maurya di India (<EM>Tawarikh Salahsilah Kedah Bahagian I)EM>. Walaupun sumber ini merupakan legenda dan sumber lisan, tujuan utama sumber tersebut adalah untuk memaparkan kemuliaan dan kesaktian asal usul Raja Kedah. Kemuliaan dan kesaktian itulah yang menjadi syarat utama hak kelayakan dan legitimasi dinasti Merong Mahawangsa sebagai dinasti pemerintah negeri Kedah dari zaman lampau hingga kini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
LIGNUM VITAE

Lignum vitae ialah kayu keras yang diperoleh

daripada pokok Amerika Latin tertentu. Pokok ini

tumbuh di Hindia Barat, Mexico, Amerika Tengah

dan utara Amerika Selatan. Kayu ini kadangkala

dinamakan <EM>guayacanEM>. Perkataan Latin<EM> lignum vitaeEM>

bermakna <EM>kayu kehidupanEM>. Kayu ini dinamakan

demikian kerana resinnya digunakan untuk

merawat reumatisme, katar dan penyakit kulit.

UMUM 
HABEAS CORPUS

Habeas corpus ialah istilah undang-undang

yang dalam bahasa asalnya, iaitu bahasa

Latin, bermaksud<em> kamu diperintahkan untukem>

<em>menampilkan seseorangem>

UMUMUmum
1234

Kembali ke atas