lac | embalau | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahan seperti damar yang dikeluarkan oleh kelulut, Laccifer lacca yang biasanya memakan sap pokok tertentu di kawasan hutan Asia. Bahan ini banyak digunakan untuk membuat piring hitam, bahan penebat dan varnis. Sin: lak |
kelulut | kelulut | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Lihat embalau |
lac | lak | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Lihat embalau |
Brucea amarissima | Lada pahit | Pertanian | Tiada | Tumbuhan ini dikenali sebagai lada barau, melada pahit, cerek jantan, embalau, serajatdan sisik manik. Ia adalah tumbuhan renik dalam famili Simarubaceae, tinggi hingga 10m dengan daun majmuk, 12-62 cm panjang dan 5-15 anak daun tersusun bersetentangan, ovat atau lanseolat, akuminat, kuneat dengan tepi daun dentat. Permukaan daun berbulu. Bunga merah dengan empat cuping kaliks. Buah jenis kekeras dan menggerutu. Keseluruhan pokok terutama sekali akar digunakan untuk untuk merawat disentri ameba, diarea, malaria, demam, sakit perut, batuk dan keracunan dalam. Dalam ubatan tradisional Cina pokok diguakan secara luaran untuk rawatan buasir, puru, ulser dan kanser. Daun digunakan untuk merawat bengkak limpa, scurf, kurap, bisul dan gigitan lipan. |
minor forest products | keluaran minor hutan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Semua keluaran hutan selain daripada keluaran utama termasuk buah-buahan hutan, seperti keranji, dabai dan tampoi; daun seperti daun mengkuang dan palas; eksudat seperti damar dan lateks; kulit kayu bakau dan hasil daripada haiwan, seperti madu lebah dan embalau. |