Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.mo.tif] | ايموتيف

Definisi : (émotif) berhubungan dgn emosi: pembangunan merupakan suatu perkataan yg ~ sifatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata emotif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, boleh terangkan dengan lebih mendalam lagi tentang maksud "kata adjektif yang bersifat emotif", terutama perkataan "emotif" itu.Emotif ialah perkara yang berkaitan dengan emosi. Untuk maklumat lanjut, rujuk Kamus Dewan atau layari www.prpm.dbp.gov.my.Makna15.05.2014
Saya cinta akan negara. Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Jawapan di atas merupakan jawapan yang saya terima daripada pertanyaan yang lepas. Saya ada soalan mengenai "penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif." Berdasarkan contoh di atas, di manakah kata adjektif yang bersifat emotif?Saya cinta akan negara. Cinta ialah unsur emotif dalam ayat tersebut.Tatabahasa29.09.2014
Soalan yang saya tanya dalam pertanyaan yang lepas: Saya cinta akan negara. Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Jawapan di atas merupakan jawapan yang saya terima daripada pertanyaan yang lepas. Saya ada soalan mengenai "penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif." Berdasarkan contoh di atas, di manakah kata adjektif yang bersifat emotif? Jawapan yang diterima: Saya cinta akan negara. Cinta ialah unsur emotif dalam ayat tersebut. Ada pertanyaan lagi mengenai soalan di atas: Cinta ialah kata nama dan bukannya kata adjektif. Bukan? Jadi, ayat “Saya cinta akan negara" adalah kurang tepat?Cinta ialah kata adjektif sama seperti kasih dan sayang. Hal ini boleh dibuktikan dengan penggunaan kata penguat seperti a
"sangat mencintai ibunya". Oleh itu, ayat "saya cinta akan negara" itu betul.
Tatabahasa30.09.2014
adakah ayat 'bertanya akan masalah adik' betul? bukankah 'akan' digunakan untuk menjelaskan kata kerja berunsur emotif? bolehkah 'akan' digunakan untuk menggantikan imbuhan '-kan'? Jika boleh, apakah syaratnya? terima kasihKata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Oleh itu ayat; Bertanya akan masalah adik adalah salah. Kata sendi nama 'akan' tidak boleh digunakan untuk menggantikan imbuhan '-kan'Tatabahasa22.09.2008
Hi, kalau nak confess kita kata, "Saya suka akan awak" atau "Saya suka awak"? Suka tu unsur emotif kan?

"Saya suka akan awak." atau "Saya suka awak.", kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. Dalam konteks ayat di atas, “suka” merupakan unsur emotif, iaitu sifat yang membangkitkan emosi. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 34 dan 573.

Tatabahasa03.04.2024
(a) Adakah kata adjektif emotif (perasaan) tidak boleh menerima kata penguat depan dan kata penguat belakang dengan serentak, misalnya amat takut sekali / sangat bimbang sekali? (b) Jika kata penguat "amat sangat" diterima, bagaimanakah pula dengan "amat sungguh", ataupun "sungguh sangat"? (c) Adakah kata hubung "jikalau" merupakan singkatan daripada "jika" dan "kalau"? Dan, bolehkah "jikalau" digunakan sebagai bahasa baku? Sekian, terima kasih.

(a) Semua kata adjektif boleh menerima kata penguat depan dan kata penguat belakang dengan serentak, contohnya seperti yang dinyatakan dibawah..  

 i. se+kata adjektif + gandaan + kata nama - sepandai-pandai tupai, sekeras-keras batu  

ii.  ter+ kata adjektif - terpandai,terbaik

iii. paling+kata adjektif - paling lazat, paling cerdik

iv. kata adjektif+ sekali - tinggi sekali, cantik sekali

Namun begitu, binaan ter+kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali, begitu juga dengan binaan paling+ kata adjektif kerana ter, paling dan sekali sudah membawa maksud darjah penghabisan.

Awalan ter yang digabungkan dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabisan. Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif.

Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244.  

(b)  Dalam tatabahasa Bahasa Melayu, tidak ada kata penguat "amat sangat", "amat sungguh" dan "sungguh sangat", tetapi dari segi penggunaannya adalah salah satu daripadanya dan tidak ada gabungan, contohnya amat, sungguh dan sangat. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244.  

(c) Betul. Kata hubung"jikalau" merupakan kata penghubung yg menyatakan syarat (janji), kalau: ~ dibenarkan, tentu saya akan pergi; ~ (se)kiranya seandainya;  kalau. Perkataan ini terhasil singkatan daripada "jika" dan "kalau". Oleh itu, perkataan ini diterima pakai dalam bahasa Melayu baku.

 


Tatabahasa25.06.2008
Selamat petang DBP. Saya hendak bertanya sedikit tentang penggunaan kata sendi nama "akan". Contoh ayat:"Saya cinta akan ibubapa saya". Ayat ini adalah betul, kerana di dalam buku Tatabahasa Dewan mengatakan bahawa kata sendi nama "akan" hadir sebelum frasa nama dan merujuk manusia (subjek) sedangkan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Maksudnya, dalam contoh ayat ini, kata sendi nama "akan" hadir sebelum frasa nama iaitu "ibu bapa", yang merujuk manusia(subjek ayat) yakni "saya", sedangkan didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif yakni "sayang" dalam ayat tersebut. Betulkah macam ini? Maksudnya kata sendi nama "kepada" tidak sesuai untuk digunakan dalam ayat inilah?Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif.

 Kata sendi  nama kepada kurang sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Contoh penggunaan kata sendi nama kepada ialah seperti berikut:
1. Nathan mengalihkan pandangannya kepada padi yang sedang disukat.

2. Sekali lagi Pak Hasan bertanya kepada dirinya.
Tatabahasa13.05.2014
patuh kepada arahan atau patuh akan arahan? terima kasihFrasa yang betul ialah "patuh kepada arahan", kata sendi nama akan hadir selepas kata adjektif yang bersifat emotif seperti "saying akan anaknya".Tatabahasa13.06.2013
Salam sejahtera, Saya ingin meminta tunjuk ajar dalam penggunaan kata sendi nama "akan". Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008;282), kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Persoalan saya, adakah kata sendi nama "akan" oleh digunakan sekiranya rujukan dalam sesuatu ayat (kata nama/frasa nama) bukan merujuk manusia? Contoh 1: Raksasa itu takut akan bunyi letupan. Adakah penggunaan "akan" dalam contoh ayat 1 betul? Sekian, terima kasih.Ayat contoh yang saudara berikan, Raksasa itu takut akan bunyi letupan adalah betul. Binaan ayat terdiri daripada subjek (raksasa itu) + predikat (frasa adjektif), rumus frasa adjektif (kata adjektif + kata sendi nama + kata nama), iaitu takut (kata adjektif) + akan (kata sendi nama) + bunyi (kata nama). Contoh yang lain, Badannya lemah dengan tiba-tiba - kata sendi nama dengan. Saudara perlu melihat ayat tersebut dari aspek binaan ayat frasa adjektif (lihat halaman 414, Tatabahasa Dewan) dan jangan dikaitkan dengan fungsi kata sendi nama "akan" dengan kata adjektif yang bersifat emotif.Tatabahasa16.10.2011
Salam sejahtera, saya menghadapi kemusykilan dalam penggunaan kata sendi nama "akan". Menurut Tatabahasa Dewan edisi keempat, kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Adakah ini bermakna sekiranya kata/frasa nama itu bukan merujuk manusia, maka kata sendi nama “akan” tidak boleh digunakan? Contohnya dalam ayat, "Mulai hari ini, Nurul tidak perlu runsing akan wang lagi." Adakah penggunaan kata sendi nama "akan" dalam ayat ini betul? Saya tidak pasti sama ada "akan" boleh digunakan dalam ayat ini atau tidak kerana kata nama yang mengikuti kata sendi nama "akan" dalam ayat ini, yakni "wang" merujuk kepada benda dan bukannya manusia. Sekiranya "akan" digunakan dalam ayat ini, maka penggunaan "akan" telah melanggar hukum tatabahasa yang menyatakan bahawa "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia. Dalam konteks sedemikian, perkataan "akan" boleh diterima atau perlu diganti dengan perkataan yang lain?Mohon beri tunjuk ajar. Sekian, terima kasih.

Penggunaan kata sendi nama "akan" seperti yang dijelaskan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 282 - 283. Yang dimaksudkan dengan keterangan yang merujuk manusia ialah subjek yang terletak di hadapannya, bukan unsur yang mengikuti kata sendi nama selepasnya.  Oleh itu, dalam ayat contoh yang diberikan, iatu "Mulai hari ini, Nurul tidak perlu rungsing akan wangnya lagi" (ayat yang sepatutnya), yang dikatakan merujuk manusia ialah Nurul, bukan wang. Sila lihat contoh ayat yang bernombor 340 dan 342 dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dalam ayat 340, yang dirujuk sebagai manusia ialah rakyat, bukan negara. Begitu juga dengan ayat bernombor 342, manusia dalam ayat tersebut ialah kami, bukan kelakuan. Semoga dengan penjelasan ini, dapat menghuraikan kekeliruan saudara dari aspek penggunaan kata sendi nama "akan".   

Tatabahasa10.06.2010
1234

Kembali ke atas