Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[em.pang] | امڤڠ

Definisi : 1. = empangan, pengempang tambak dll utk menahan arus atau aliran air (utk sesuatu keperluan supaya tidak terjadi banjir dll), bendung, tebat: empangan moden telah dibina utk menahan air bagi mengeluarkan kuasa elektrik; 2. kolam tempat memelihara ikan, tambak, tebat; 3. ki penghalang, perintang: malangnya, kesatuan kita itu saja ~ jalannya; ~ sampai ke seberang, dinding sampai ke langit prb a) perselisihan yg tidak dapat dibaiki atau didamaikan lagi; b) aturan (perintah) yg tidak boleh diubah (dilalui);berempangan mempunyai empangan: sungai yg ~;mengempang 1. menggalangkan atau melintangkan sesuatu (mis dgn mendirikan tembok, benteng dsb) utk menahan aliran air sungai dsb, membendung (dgn membina empangan), menebat: lembah-lembah sungai yg kecil telah diempang di kawasan bukit ini utk dijadikan kolam air; 2. berada atau terletak dlm keadaan melintang (hingga menghalang perjalanan, lalu lintas, dll), melintangi: jalan raya itu penuh sesak dgn kereta kerana ada sebuah motokar rosak ~ jalan;3. ki menahan, menghalang, menghambat: lajunya tidak dapat diempang; terempang terbendung, tertebat, tertahan; tiada ~ peluru oleh lalang prb kemahuan orang yg berkuasa tidak dapat ditahan oleh orang yg lemah; pengempangan perihal atau perbuatan mengempang, pembinaan empangan, pembendungan, penebatan: teknologi ~ yg cuba diutarakan oleh Ibu al-Haitham tersebut tidak jauh bezanya drpd teknologi yg dihasilkan di Barat sekarang ini;pengempang empang(an). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.pang] | امڤڠ

Definisi : Pr; empang-empang gila bahasa, agak ganjil (kelakuan atau perangai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.pang] | امڤڠ

Definisi : 1 = empangan, pengempang tambak utk menahan air (supaya air dpt dialirkan ke tanah-tanah pertanian, dpt disimpan utk minuman atau utk mencegah banjir); bendung. 2 kolam tempat memelihara ikan; tebat. 3 ki penghalang sesuatu tujuan; perintang. mengempang 1 mendirikan (membuat) empang; membendung; menahan: ~ sungai. 2 terletak melintang sehingga mengganggu lalu lintas dll; menghalang: Pokok yg tumbang itu hampir-hampir ~ jalan. 3 ki menghalang sesuatu kemajuan; menghambat; merintang. terempang dpt diempang, sudah diempang; terbendung; tertahan: Tiada ~ peluru oleh lalang. pengempangan perbuatan mengempang; pembendungan; penahanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata empang

Peribahasa

Tidak dihambat akar,
     dihambat dahan.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan yang telah dikerjakan dengan selamat dari mula sampai ke akhirnya. hambat = empang, tahan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
weirbendung limpasanempang limpahempang limpahPerikanan
beaver dambendungan berang-berangempang memerangempang memerangPerikanan
film gatepintu filemempang filem/pintu filemempang filem/ pintu filemKomunikasi Massa
hollow damempang beronggaempangan geronggangempangan geronggangKejuruteraan
notch coefficient of dischargekoefisien taktik pelepasanpekali luahan takokpekali luahan empang limpahKejuruteraan
hydraulic fill damempang timbunan hidraulikempangan timbusan hidraulikempangan timbusan hidraulikKejuruteraan

Kembali ke atas