Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[em.pa.ngan] | امڤڠن

Definisi : tambak dll utk menahan arus atau aliran air (utk sesuatu keperluan supaya tidak terjadi banjir dll), bendung, tebat: empangan moden telah dibina utk menahan air bagi mengeluarkan kuasa elektrik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata empangan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EMPANGAN DNEPROGES

Empangan Dneproges, empangan konkrit

yang besar di Ukraine, terletak 320 kilometer dari

muara Sungai Dnepr. Empangan ini membekalkan

kuasa hidroelektrik bagi kebanyakan lombong dan

industri di republik itu.

UMUM 
EMPANGAN

Empangan ialah sekatan yang diletakkan

merentangi sungai untuk menyekat arus air. Saiz

empangan berbeza-beza daripada empangan tanah

yang kecil atau ketulan batu-batan kepada struktur

konkrit yang setinggi pencakar langit.

UMUM 
EMPANGAN ROGUN

Empangan Rogun, di Tajikistan ialah

empangan yang tertinggi di dunia. Empangan ini

setinggi 335 meter dan terletak di Sungai Vakhsh.

UMUM 
EMPANGAN KENYIR

Empangan Kenyir ialah salah sebuah

empangan di Malaysia yang dibina bagi menjana

kuasa hidroelektrik dan menjadi empangan

terpenting untuk sumber tenaga negara.

UMUM 
EMPANGAN BAKUN

Empangan Bakun, empangan hidroelektrik terbesar di Malaysia. Empangan ini adalah empangan batu dilitupi konkrit (concrete faced rockfill dam-FRD). Empangan Bakun terletak di Sungai Balui, di Lembangan Sungai Rajang, dalam daerah Belaga, Sarawak. Ia terletak kira-kira 36 km dari Pekan Belaga.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
EMPANGAN GRAND COULEE

Empangan Grand Coulee ialah empangan

konkrit dan sumber kuasa air tunggal yang

terbesar di Amerika Syarikat.

UMUM 
EMPANGAN HOOVER

Empangan Hoover ialah salah sebuah

empangan batu yang tertinggi di dunia. Ia terletak

di Black Canyon di Sungai Colorado, Arizona,

Amerika Syarikat.

UMUM 
EMPANGAN TINGGI ASWAN

Empangan Tinggi Aswan merupakan

empangan yang dibina bagi mengelakkan

limpahan air Sungai Nil di Mesir.

UMUM 
EMPANGAN SUNGAI MUDA

Empangan Sungai Muda ialah sebuah

empangan utama yang digunakan untuk Skim

Pengairan Sungai Muda di Dataran Kedah.

UMUM 
EMPANGAN WYANGALA

Empangan Wyangala, membekalkan kolam

air simpanan di Sungai Lachlan dekat Cowra

di tengah selatan New South Wales, Australia.

UMUM 
123

Kembali ke atas